Tuesday, 25 December 2012

Panduan Ternak Udang



Industri ternakan udang laut khasnya udang harimau di negara ini telah berkembang dalam tahun 1980-an. Udang laut ini, kini telah menjadi hasil ternakan akuakultur yang penting dalam menyumbang nilai pendaratan akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang diternak secara komersial di dalam kolam diseluruh dunia tetapi udang harimau (Panaeus monodon) adalah salah satu dari spesies yang paling popular.
Udang harimau diternak di negara-negara Asia yang beriklim tropika dan mewakili 60%–70% daripada jumlah pengeluaran udang ternakan diseluruh dunia, meningkat dari 52% pada tahun 1998. Udang P. Vannamei atau Pacific White menyumbang 24%. Penaeus monodon atau Black Tiger dan P. orientalis atau White Faisho merupakan ternakan utama Asia manakala P. Vannamei atau Pacific White Shrimp di Amerika Latin. Pada keseluruhannya, udang harimau mewakili hampir 20% dari jumlah pengeluaran dunia.

Udang harimau merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak udang di Malaysia. Ianya memainkan peranan penting dalam ekonomi industri akuakultur negara ini. Walaupun begitu Malaysia bukanlah pengeluar utama, kerana keluasan kolam ternakan udang harimau hanyalah sekitar 6,000 hektar. Sebagai perbandingan, Thailand mempunyai 80,000 hektar kolam udang, 40,000 hektar di Indonesia dan 80,000 hektar di India. Walau bagaimanapun, purata pengeluaran (tan metrik per hektar) di Malaysia adalah tinggi, selepas Taiwan dan Thailand. Ini menunjukkan bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju dan setanding dengan negaranegara tersebut.

Di Malaysia, ternakan udang harimau telah menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting sejak kejayaan mengeluarkan benih secara besar-besaran dan penggunaan teknologi ternakan yang moden. Majoriti ternakan udang atau 70% udang terhasil di kawasan timur. Dari awal 1980-an dan pertengahan 1990-an, pengeluaran udang ternakan telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda.
Dalam tahun 2000, sebanyak lebih kurang 12,000 MT udang akuakultur (>95% udang harimau) bernilai RM400 juta telah dikeluarkan daripada 6,000 ha. Kawasan kolam air payau yang melibatkan lebih kurang 950 penternak. Pengeluaran daripada ternakan udang akuakultur mewakili cuma 10% daripada 111,900 MT daripada udang tangkapan.
Perusahaan udang bagi pelbagai spesies akan terus digalakkan di mana dianggarkan sebanyak 150,000 tan metrik udang bernilai RM2.7 bilion mampu dihasilkan pada tahun 2010 (Jabatan Perikanan).

TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
PENGENALAN

Udang Harimau (Penaeus Monodon)Adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.
Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.
Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-


Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.Permintaan yang tinggiJaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar Negara
Contoh:Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah diantara RM 20 –RM 30/kg.
Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIMPenggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.

KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK
Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-
Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.Berhampiran dengan pusat penetasan.Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.Mempunyai strategi pemasaran yang baik.


PEMBINAAN KOLAM

1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.

2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.
3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.

4. Sistem air kolam intensif.
a. Punca air
b. Sistem pam
c. Kolam takungan
d. Pintu air masuk/keluar
5. Reka Bentuk Kolam Intensif
a. Kedalaman 1.3m-1.5m
b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
c. Kecerunan dasar 1: 200
d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
e. Pintu air masuk dan keluar.





PENYEDIAAN KOLAM

Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.


1. Pembuangan Lumpur:
-Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
- Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air.
- Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
- Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.
Penjemuran :
Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.
Membaiki Sturuktur Kolam
Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.
Mengapur
Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.
5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan.
6. Pemberian Makanan :
Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.

PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL

‘Automatik Feeder’–Tidak memerlukan tenaga buruh
-Jimat kos.
- Mengelak pembaziran
- Waktu pemberian makanan lebih tepat.
Sludge Pump.-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.
Kolam HDPE
-Dasar kolam lebih bersih.
-Ruang untuk udang makan lebih luas.
-Mengelak kebocoran kolam.


PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF

-Oksigen Terlarut – 5 ppm
-pH – 7.5-8.5
-Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
-Suhu – 27-32?C
-Karbon Dioksida - <2>


CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI

Bentuk dan Sifat:Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
Analisis Mikroskopik:
Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.Rostrall spines 6-7Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit.
KUALITI AIR

Oksigen Terlarut (D.O):Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.
2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:
a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.
b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.
Apabila D.O<3.0>
SALINITI

Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.


SUHU

Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.Suhu yang tinggi menyebabkan :Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.


PUNGUTAN HASIL

Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:
i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.
ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.
 
ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN

-Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
-Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000
Benih 5,400
Makanan 31,500
Letrik 12,000
Buruh 2,000
Pelbagai 2,000
Jumlah = 53900
Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
Penyelenggaraan 2,000
Jumlah 3,500
JUMLAH BESAR 57,400
UNTUNG BERSIH 19,100


NOTA

Saiz kolam – 1 hektar
Kepadatan – 30 ekor/m2
Tempoh Ternakan - 120 hari
Kadar Hidup – 60%
Saiz pasaran – 40 ekor/kg
FCR – 2.0
Tuaian – 4.5 mt
Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.

Teknikal Penternakan Ikan Tilapia


PEMILIHAN TAPAK

Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar.
Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :

i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air - 6-8
iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar.
Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar.
Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture).
Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati.
Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.

REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR

Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.

PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH

Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH

Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.

KADAR PELEPASAN BENIH

Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .

KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA

Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

PEMASARAN IKAN TILAPIA

Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati.
Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.

Sunday, 23 December 2012

Pengurusan Kolam Ternakan

1.0 Pendahuluan.

Pengurusan kolam merupakan aktiviti yang penting dalam bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan dan memberi keuntungan kepada penternak.

2.0 Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan kolam.

2.1 Perlepasan benih.

2.1.1 Saiz benih.

Saiz benih yang sesuai untuk dilepaskan ke dalam kolam ternakan adalah bergantung kepada jenis ikan seperti berikut:-

• Lampam Jawa 2.5 cm
• Tilapia Merah 5.0 cm
• Keli 5.0 cm
• Jelawat 10.0 cm
• Kap Rumput 10.0 cm
• Patin 5.0 cm

2.1.2 Kadar perlepasan.

Kebiasaannya ternakan secara monokultura diamalkan oleh penternak. Penentuan kadar perlepasan adalah ditentukan oleh perkara-perkara berikut:

• Jenis dan kelakuan ikan.
• Saiz pasaran yang dikehendaki.
• Keadaan alam sekitar yang disediakan untuk ikan hidup dan membesar.
• Kemampuan penternak untuk menyediakan makanan.

Kadar perlepasan adalah seperti berikut :-

• Lampam Jawa 5 ekor/m2
• Tilapia Merah 5 ekor/m2
• Keli 50 ekor/m2
• Jelawat 3 ekor/m2
• Kap Rumput 3 ekor/m2
• Patin 5 ekor/m2

2.1.3 Masa untuk melepaskan benih.

Masa yang sesuai untuk melepaskan benih ikan adalah pada waktu pagi dan lewat petang. Elakkan melepaskan benih pada waktu tengahari di mana pada saat itu cuaca panas dan suhu air kolam terlalu berbeza dengan suhu air dalam bekas ikan. Suhu yang terlalu berbeza akan menyebabkan benih yang dilepaskan akan mengalami ketegangan dan boleh mengakibatkan kematian yang tinggi semasa benih dilepaskan ke dalam kolam.

2.1.4 Tindakan-tindakan sebelum benih dilepaskan.

Benih yang diterima dari pembekal lazimnya dibungkus dalam beg plastik yang mengandungi gas oksigen. Semasa dalam perjalanan dari hatcheri ke kolam, suhu air akan berubah. Oleh itu sebelum benih dilepaskan, rendamkan beg plastik ke dalam kolam selama 15 minit atau sehingga suhu air dalam beg plastik sama dengan suhu air kolam.

Kadangkala benih juga diangkut dengan lori khas. Biasanya benih ditempatkan di dalam tangki yang dimuatkan di dalam lori dan dibekalkan dengan pengudaraan. Dalam kes begini, penternak harus terlebih dahulu menyukat suhu dari dalam tangki dan suhu air kolam dan bandingkan. Sekiranya suhu air dalam bekas lebih tinggi dari suhu air kolam, maka penternak perlu menambah air batu ke dalam tangki supaya suhu air menurun sehingga ke paras yang sama dengan suhu air kolam. Sekiranya suhu air kolam lebih tinggi dari suhu air dalam bekas benih maka tindakan untuk menjemur tangki perlu dilakukan sehingga suhu air meningkat dan sama dengan suhu air kolam.

2.1.5 Kaedah perlepasan benih ikan.

Bagi benih yang dibungkus di dalam beg plastik, penternak memastikan terlebih dahulu bahawa suhu air dalam beg plastik dan suhu air kolam adalah sama.Setelah suhu sama, buka ikatan beg plastik dan masukkan air kolam sedikit demi sedikit ke dalam beg plastik dan biarkan benih keluar sendiri dari beg plastik.

Bagi benih yang diangkut dengan lori, tangkap benih dan bubuh di dalam bekas. Bawa bekas tersebut di tebing kolam dan masukkan air kolam ke dalam bekas sedikit demi sedikit dan kemudian biarkan benih berenang keluar dari bekas.


2.2 Kawalan pertumbuhan plankton.

Kekeruhan air yang disebabkan oleh fitoplankton dan zooplankton tidak akan memudaratkan ikan secara langsung. Fitoplankton bukan sahaja mengeluarkan oksigen semasa proses fotosintesis malahan menjadi makanan kepada zooplankton dan beberapa spesies ikan seperti kap perak. Fitoplankton juga akan menggunakan ammonia yang dikeluarkan oleh ikan sebagai sumber nutriennya. Zooplankton pula merupakan makanan semulajadi yang utama kepada benih ikan. Para penternak harus memastikan bahawa tidak terdapat terlalu banyak plankton di dalam kolam kerana plankton akan menggunakan sumber oksigen terlarut yang sedia ada untuk proses pernafasan pada waktu malam. Selain dari itu, pertumbuhan plankton yang keterlaluan, dikenali sebagai ledakan ( bloom ) akan menyababkan kekurangan oksigen dalam air secara mendadak. Keadaan ini berlaku apabila fitoplankton itu mati. Para penternak perlu mengawasi kandungan oksigen terlarut dalam kolam ternakan. Perbezaan kandungan oksigen terlalrut yang besar antara waktu siang dan malam akan menyebabkan kekurangan oksigen yang serius.

Untuk mengatasi masalah di atas, penternak perlu mengeluarkan lima puloh peratus air kolam sediada dan gantikan dengan air bersih. Selain dari itu pastikan semua makanan yang diberi habis dimakan oleh ikan dan tiada sisa yang boleh menyebabkan kesuburan kolam meningkat. Ikan kap perak boleh dilepaskan untuk mengawal pertumbuhan plankton yang melampau.


2.3 Pertukaran air.

Dalam tempoh ternakan, mutu air perlu diperiksa dari masa ke semasa. Ini bertujuan untuk memastikan mutu air sentiasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk ikan hidup dan membesar. Walaubagaimanapun pada keadaan tertentu, air perlu ditukar atau diganti. Kebiasaannya air kolam sediada dibuang sebanyak 50 peratus dan kemudian dimasukkan air baru. Keadaan ini akan meningkatkan kualiti air. Bagi sistem tertutup, biasanya air dialirkan sepanjang masa dan jumlah pertukaran air berlaku antara 50 – 100 peratus.

2.4 Pemakanan Ikan.

2.4.1 Jenis-jenis Makanan.

a. Makanan semulajadi.

Makanan semulajadi adalah terdiri dari makanan asasi seperti plankton yang terdiri dari fitoplankton dan zooplankton. Makanan ini penting bagi benih ikan diperingkat asuhan. Makanan ini dihasilkan melalui ternakan makanan hidup. Di antara makan hidup yang mudah dihasilkan ialah moina, rotifer, cladosera, daphnia dan sebagainya. Ikan seperti kap perak dan kap kepala besar hanya memakan makanan semulajadi sepanjang hayatnya.

b. Makanan tambahan.

Makanan tambahan adalah terdiri dari bahan-bahan dari alam semulajadi dan sisa pertanian. Makanan tambahan adalah terdiri dari

i. Daun tumbuhan seperti daun ubi, kangkong dan pisang.

ii. Sisa sayuran.

iii. Dedak padi, gandum dan barli.

iv. Ikan baja.


c. Makanan rumusan.

Makanan rumusan adalah merupakan makanan yang lengkap dan seimbang. Ia terdiri dari campuran karbohiderat, protin, lemak, mineral dan vitamin. Sumber campuran tersebut adalah terdiri dari bahan-bahan berikut:

i. Sumber protin terdiri dari:

• Fish meal.
• Hampas kacang soya.
• Hampas kacang tanah.
• Serbuk bulu

ii. Sumber karbohiderat.

• Dedak padi.
• Dedak gandum
• Dedak barli.

iii. Sumber lipid.

• Minyak ikan.

Makanan rumusan biasanya dalam bentuk basah dan kering. Makanan rumusan kering yang dipanggil pelet lebih digemari oleh penternak kerana ia mudah didapati di pasaran dan mudah disimpan. Ada pelet yang tenggelam dan ada yang timbul. Pelet timbul lebih digemari oleh penternak kerana penternak dapat memberi makanan sedikit demi sedikit dan dapat menganggarkan makanan yang diperlukan oleh ikan. Keadaan ini dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Makanan rumusan atau pellet terdiri dari 3 kategori iaitu

i. Pelet Starter

Merupakan makanan permulaan yang diberikan kepada benih yang baru dilepaskan ke dalam kolam ternakan sehingga berumur 1 – 2 bulan. Biasanya mengandungi protin melebihi 32 peratus dan bersaiz kecil ( kurang dari 1.0 mm ).

ii. Pelet grower.

Merupakan makanan untuk tumbesaran. Mengandungi protin melebihi 20 peratus. Saiznya lebih besar dari pellet starter. Di beri kepada ikan yang berumur melebihi 1 – 2 bulan hingga berumur
4 – 5 bulan.

iii. Pelet finisher.

Merupakan makanan penamat. Mengandungi protin antara 18 – 24 peratus. Saiznya lebih besar dari makanan tumbesaran. Diberi kepada ikan yang berumur melebihi 4 – 5 bulan sehingga mencapai saiz pasaran.

d. Kadar pemberian makanan.

Kadar pemberian makanan bermaksud jumlah makanan yang perlu diberi kepada ikan berdasarkan berat makanan dan umur ternakan bagi setiap hari sepanjang tempoh ternakan. Kadar pemberian makanan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Umur ikan ( Bulan ) % / Berat badan ikan.

1 10
2 7
3 5
4 3
5 2
6 2


e. Kadar penukaran makanan ( Food Conversion Rate )

Kadar penukaran makanan ( Food Conversion rate – FCR ) bermaksud keupayaan sesuatu jenis ikan menukar beberapa kilogram makanan kepada 1 kilogram berat badan dalam suatu tempoh ternakan.Contohnya :

FCR 2 : 1

Nisbah di atas bermaksud 3 kilogram makanan diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram ikan.

f. Menganggarkan jumlah makanan yang diperlukan oleh ikan ternakan bagi satu jangka masa ternakan.

Untuk menentukan jumlah makanan yang diperlukan oleh ikan bagi satu jangka masa ternakan, kerja-kerja penyampelan perlu dilakukan ke atas ternakan. Biasanya kerja-kerja ini dilakukan dengan kekerapan sekali bagi setiap dua minggu. Contohnya, sekiranya ternakan itu dijalankan selama 6 bulan ini bermakna kerja-kerja penyampelan dijalankan sebanyak 11 kali. Kerja-kerja penyampelan dilakukan dengan menangkap ikan dari sesuatu kolam secara rawak menggunakan jala. Sebanyak 50 – 100 ekor ikan akan ditangkap dan ditimbang berat serta diukur panjang dan direkodkan. Kirakan purata berat dan anggarkan bilangan ikan yang masih ada di dalam kolam. Darabkan berat purata dengan jumlah ikan yang terdapat di dalam kolam berkenaan untuk mendapatkan jumlah berat ikan. Kemudian darabkan jumlah berat badan dengan peratus makanan yang dicadangkan dari berat badan.

Contoh :

Berat purata ikan - 50 gram.
Jumlah ikan - 5,000 ekor.
Kadar pemberian makanan - 10 % dari Berat Badan
Jumlah berat ikan - 50 gram x 5,000 ekor
= 250,000 gram
= 250 kg.

Jumlah makanan yang diperlukan = 250 kg x 0.1 %
= 25.0 kg

Ini bermakna jumlah makanan yang perlu diberi kepada ikan dalam kolam ternakan berkenaan adalah sebanyak 25 kg setiap hari selama 14 hari berikutnya. Ualngi proses penyampelan ini sehingga ke 14 hari terakhir sebelum kutipan hasil dimulakan.


2.4.2 Kaedah pemberian makanan.

a. Cara tabur.

Kaedah ini biasa digunakan oleh penternak kecil. Makanan dimasukkan ke dalam bekas seperti baldi dan penternak akan membawa makanan tersebut ke sekeliling kolam sambil menabur makanan. Kaedah ini di dapati sesuai bagi kolam-kolam kecil terutamanya kolam konkrit.

b. Menggunakan petak makanan.

Petak makanan berbentuk segiempat dan diperbuat dari buloh atau batang paip PVC yang boleh timbul dipermukaan air. Tambatkan petak makanan berkenaan pada jeti supaya ia tidak dihanyutkan oleh air dan tiupan angin. Makanan akan dicampakkan ke dalam petak makanan dan timbul dipermukaan. Ikan akan datang berbondong-bondong untuk mengambil makanan tersebut. Kaedah ini sesuai bagi makanan yang boleh timbul seperti pellet dan daun tumbuh-tumbuhan. Melalui cara ini jadual pemberian makanan harian perlu ditetapkan dan sebelum makanan diberi buat isyarat memanggil ikan seperti mengetuk pelantar beberapa kali untuk menarik perhatian ikan. Jika masa makanan diberi ditetapkan setiap hari misalnya jam 10.00 pagi, ikan-ikan dengan sendiri berkumpul dipetak makanan pada jam 10.00 pagi untuk menerima habuan mereka.

c. Menggunakan mesen penyembur makan.

Mesen penyembur makanan adalah modifikasi dari mesen fogging yang digunakan untuk menyembur racun serangga. Injin mesen ini menggunakan sumber tenaga dari petrol. Pelet dimasukkan ke dalam tabung makanan dan penternak menyemburkan makanan ke dalam kolam dari tebing. Kaedah ini sangat baik kerana makanan dapat diberi keserata kolam dan ikan atau udang mendapat makanan di mana sahaja mereka berada dalam kolam. Alat ini sesuai digunakan di kolam yang bersaiz besar atau yang melebih 0.2 hektar.

d. ‘ Demad Feeder ‘

Alat ini tediri dari tabung makanan, injap dan padel yang terendam di dalam air kolam. Alat ini dipasang ditebing kolam. Makanan dimasukkan ke dalam tabung makanan berbentul silo dengan bahagian bawahnya berbentuk kun dan dipasang injap. Injap ini akan terbuka sekiranya padel digerakkan. Apabila hendak makan ikan-ikan akan menyentuh padel dan pergerakkan ini akan membuka injap dan makanan akan jatuh ke dalam kolam. Ikan-ikan akan merebut makanan tersebut. Penternak perlu memeriksa tabung makanan dan mengisinya semula apabila makanan di dalam tabung itu habis dimakan ikan.Proses ini akan berulangan sehinggalah semua ikan sudah kenyang.

Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik kerana ikan akan mengambil makanan secukupnya sehingga kenyang. Ini bermakna ikan sentiasa mendapat makanan yang mencukupi dan berterusan. Keadaan ini akan mempercepatkan tumbesaran ikan.

e. ‘ Automatic Feeder ‘.

Alat ini terdiri dari bekas makanan, injap saluran keluar makanan dan alat penggera automatik. Makanan diisi kedalam bekas makanan. Alat penggera ini boleh diset mengikut waktu yang diperlukan. Apabila sampai waktunya alat penggera akan berbunyi,ikan akan berkumpul di bawah alat ini, injap terbuka dan makanan akan jatuh kedalam kolam mengikut jumlah yang telah ditentukan.



2.5 Kawalan pesaing dan musuh.

2.5.1 Pesaing.

Pesaing kepada ikan ternakan adalah terdiri dari ikan-ikan liar, berudu katak dan tumbuh-tumbuhan air. Pesaing berkenaan akan bersaing dengan ikan yang diternak untuk menggunakan ruang tempat tinggal, berebut makanan, bersaing menggunakan oksigen terlarut dan sebagainya.

Pesaing-pesaing berkenaan perlu dihapuskan agar tumbesaran ikan tidak terganggu. Biasanya ikan liar akan memasuki kolam melalui punca air. Untuk mengatasi masalah ini pastikan salauran air masuk dipasang penapis untuk mengelakkan telur dan benih ikan liar memasuki kolam. Untuk mengelakkan katak bertelur di dalam kolam, pastikan kawasan sekitar kolam sentiada besih dan tidak menjadi tempat katak berlindung. Pemeriksaan kolam perlu dilakukan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat telur katak, keluarkannya dari kolam dengan menggunakan penyauk.

Tumbuh-tumbuhan air seperti hydrilla, rumpai dan sebagainya perlu dikeluarkan dari kolam. Selain dari itu ikan kap rumput boleh dilepaskan untuk memakan tumbuh-tumbuhan berkenaan.


2.5.2 Musuh.

Musuh ikan ternakan terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:

a. Musuh di daratan.

Di antara musuh di daratan ialah
• Biawak.
• Memerang

Biawak akan menyerang ikan pada waktu siang manakala memerang pula menyerang ikan pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah biawak, kawasan kolam boleh di pagar dengan zing. Biawak tidak berkeupayaan untuk memanjat zing. Memerang boleh dikawal dengan memagar kawasan ternakan.


b. Musuh di dalam air.

Di antara musuh ikan di dalam air ialah

• Ular.
• Belut.
• Serangga air ( musuh kepada benih ikan )

Ular air dan ular sawa merupakan musuh ikan yang sukar dikesan. Untuk mengelakkan ular berada di dalam kolam, pastikan kawasan ternakan sentiasa bersih. Jika terdapat ular di dalam kolam, usaha untuk menghapuskannya perlu dilaksanakan. Biasanya belut hidup di dalam lumpur didasar kolam. Dianggap musuh di dalam selimut. Belut akan memakan benih ikan yang dilepaskan. Untuk memastikan belut tidak berada di dalam kolam, kerja-kerja mengapur kolam perlu dijalankan dengan teliti semasa penyediaan kolam. Dasar dan ban kolam yang berlubang perlu dikapur dengan betul supaya telur dan benih belut dapat dihapuskan. Serangga air seperti ‘ dragon fly nymph ‘ merupakan musuh utama benih ikan. Larva ini mesti dihapuskan dengan cara meminyak kolam.

b. Musuh di udara.

Musuh di udara terdiri dari

i. Burung Lang

Burung lang menyerang ternakan pada waktu siang. Ikan yang besar dan telah mencapai saiz pasaran menjadi sasarannya. Serangan lebih berkesan terhadap kolam yang airnya jernih dan ikan mudah dikesan dari udara.

Bagi mengelakkan burung lang mengerang ternakan pastikan air kolam sentiasa hijau agar dapat melindungi ikan dari pandangan burung helang. Kaedah lain ialah tutup kawasan ternakan dengan jarring agar helang tidak dapat menyerang ikan.

ii. Burung Raja Udang atau Pekaka

Burung raja udang menyerang mangsa pada waktu siang. Burung ini akan hinggap pada pokok yang berhampiran dengan kolam untuk mengesan ikan sebelum menyambar mangsa. Mangsa tumpuannya adalah benih ikan yang masih kecil. Burung ini tidak mampu menyerang ikan-ikan besar.

Bagi mengatasi masalah serangan dari burung ini, pastikan tiada pokok atau tiang berhampiran kolam yang boleh menjadi tempat untuk hinggap bagi burung ini. Selain dari itu kawasan ternakan perlu dipagar untuk mengatasi masalah ini.


iii. Burung Gagak

Burung gagak menyerang mangsa pada waktu siang. Mangsanya tertumpu kepada benih ikan yang masih kecil dan ikan-ikan yang lemah berenang dipermukaan air.

Kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah hapuskan burung ini kerana ia banyak membawa masalah kepada alam sekitar. Hapuskan tempat burung ini bertenggek semasa hendak mengesaan mangsa.

iv. Burung Hantu

Burung hantu menyerang mangsa pada waktu malam terutamanya pada waktu tengah malam. Biasanya pada masa ini kandungan oksigen larut mula menurun di bahagian dasar kolam tetapi kandungan oksigen terlarut agak tinggi di permukaan air. Oleh itu ikan-ikan akan berada di permukaan air untuk bernafas. Semasa ini burung hantu mudah menyerang ikan.

Kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah pastikan air kolam sentiasa hijau dan kandungan oksigen larut sentiasa tinggi. Selain dari itu tutup kawasan ternakan dengan jaring.


2.6 Pengutipan Hasil.

2.6.1 Masa ternakan.

Masa atau tempoh ternakan adalah bergantung kepada jenis dan saiz benih ikan yang dilepaskan seperti berikut :

• Tilapia merah - 4 - 6 bulan
• Keli - 3 - 4 bulan
• Patin - 4 - 6 bulan
• Lampam Jawa - 8 - 10 bulan
• Kap Rumput - 10 - 12 bulan
• Jelawat - 8 - 10 bulan


2.6.2 Kaedah kutipan.

Biasanya dua kaedah kutipan hasil dijalankan iaitu

a. Kutipan secara berperingkat.

Melalui kaedah ini, hasil ternakan ditangkap secara berperingkat-peringkat menggunakan jala atau pukat tarik. Ikan yang ditangkap disimpan dalam tangki simpanan sementara dan ikan dijual secara runcit . Cara ini ikan dipasarkan secara hidup-hidup. Setelah 90 peratus hasil ditangkap kolam akan dikeringkan dan ikan akan ditangkap ke semuanya.

b. Kutipan sekali gus.

Melalui kaedah ini ikan ditangkap dengan pukat tarik dan operasi ini memerlukan tenaga kerja yang ramai dan mahir. Kemungkinan ikan dipukat beberapa kali dan seterusnya kolam dikeringkan. Ikan-ikan yang ditangkap diangkut dengan lori samada hidup atau mati dan dibawa ke pusat pengumpulan untuk dipasarkan.

2.6.3 Teknik kutipan.

a. Menggunakan pukat tarik.

Menangkap hasil ternakan menggunakan pukat tarik merupakan teknik yang biasa digunakan terutamanya di kolam ternakan. Bagi kolam seluas 0.2 hektar, sebidang pukat berukuran 100 meter panjang dan 4 meter lebar dengan mata pukat 2.5 cm digunakan untuk menangkap ikan.Pukat ini dilengkapi dengan pelampung pada tali kajar atas dan pemberat pada tali kajar bawah. Seramai 6 orang pekerja diperlukan untuk menjalankan operasi ini. Ikan yang terperangkap di dalam pukat dikumpulkan dan pemilihan atau grading dilakukan sebelum hasil dipindahkan ke tangki simpanan.

b. Mengeringkan kolam.

Kaedah ini biasa digunakan apabila jumlah ikan yang terdapat dalam kolam adalah tidak banyak dan ikan sukar ditangkap kerana sudah liar. Walaubagaimanapun teknik ini sering digunakan untuk menangkap udang dan ikan keli. Melalui kaedah ini hasil dapat dipungut 100 peratus.

c. Menggunakan kesan kandungan oksigen terlarut.

Kaedah ini sering digunakan di dalam sistem ternakan tertutup seperti ternakan dalam kolam lucas dan kolam konkrit. Tutup suis kincir air dan saluran air masuk pada awal pagi. Apabila kandungan oksigen terlarut berkurangan ikan akan mula mencari tempat yang mengandungi oksigen terlarut yang tinggi. Bila berlaku keadaan sedemikian, buka ruangan tempat memungut hasil dan buka suis alat pengudaraan. Ruangan tempat memungut hasil akan mengandungi oksigen terlarut yang tinggi dan ikan akan berpusu-pusu ke tempat itu untuk mendapatkan oksigen terlarut. Apabila tempat tersebut penuh dengan ikan, tutup pintu dan ikan dipunggah dan dipindahkan ke tangki simpanan.



2.6.4 Pengendalian lepas tuai.

Selepas hasil dituai, ikan-ikan tersebut jika perlu dinyah bau untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur. Ikan-ikan yang telah bersih boleh dipasarkan sama secara hidup atau mati. Ikan yang hidup dihantar ke pasar dengan menggunakan lori. Ikan-ikan tersebut dimasukkan ke dalam tangki yang ada bekalan air bersih dan lengkap dengan alat pengudaraan. Bagi mengurangkan aktiviti ikan tersebut suhu air perlu direndahkan dengan menggunakan air batu.

Bagi ikan yang dipasarkan secara mati, masukkan ikan-ikan tersebut ke dalam bekas yang ada ais supaya ikan tersebut sentiasa segar sehingga dibeli oleh pengguna. Selain dari itu ikan-ikan tersebut boleh disejukbeku sebelum dipasarkan. Kaedah ini sesuai untuk tujuan pemperosesan.


2.7 Pemasaran.

2.7.1 Harga.

Biasanya ada tiga kategori harga untuk memasarkan ikan iaitu

a. Harga Ladang.

Harga di ladang ditentukan oleh kos pengeluaran bagi setiap kilogram ikan yang dihasilkan dan dicampur dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh penternak. Di samping itu harga di ladang juga ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran.


b. Harga borong.

Harga borong adalah harga yang ditentukan oleh pemborong. Harga ini meliputi harga ladang campur kos pengendalian, kos pengangkutan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemborong. Biasanya harga borong lebih tinggi dari harga di ladang.

c. Harga runcit.

Harga runcit merupakan harga yang akan dibayar oleh pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi dari harga borong. Harga runcit meliputi harga borong campur dengan beberapa kos yang ditanggung oleh peruncit seperti kos upah, kos menyimpan, kos sewa, keuntungan dan sebagainya.

Sekiranya penternak menjual sendiri hasilnya secara runcit, maka keuntungan yang diperolehi adalah lebih lumayan berbanding dengan menjual hasil kepada pemborong. Namun begitu tidaklah mudah untuk memasarkan hasil yang banyak secara runcit oleh penternak kerana banyak faktor yang perlu dipenuhi.

2.7.2 Pasaran.

Biasanya ikan dipasarkan dalam dua kategori iaitu

a. Pasaran tempatan.

Pasaran tempatan terbahagi kepada dua iaitu

i. Pasar awam.

Ikan-ikan yang dijual di pasar awam adalah dalam dua bentuk iaitu ikan yang dijual secara segar seperti ikan hidup atau ikan basah dan ikan yang disejukbeku. Ikan hidup yang dijual ditempatkan di dalam tangki atau bekas yang diberi bekalan oksigen. Biasanya ikan ini mendapat permintaan yang tinggi dan harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding dengan ikan yang disejukbeku.


ii. Pasaraya.

Ikan yang dijual di pasaraya biasanya dalam bentuk sejukbeku dan ikan yang telah siap dibersihkan. Ikan-ikan tersebut dibungkus dengan teliti dan kelihatan cantik untuk menarik minat pengguna. Terdapat juga pasaraya yang menjual ikan yang telah diproses seperti fillet ikan yang siap sedia untuk dimasak. Selain dari itu terdapat juga pasaraya yang menjual ikan hidup seperti ikan keli dan tilapia merah.

b. Pasaran Luar Negara.

Sebahagian dari ikan yang dihasil di negara ini dipasarkan ke luar negara. Ikan hidup dipasarkan ke Singapura. Ikan-ikan tersebut diangkut dengan lori dan dihantar ke Singapura. Selain dari ikan hidup, ikan yang disejukbeku dan juga ikan yang telah diproses menjadi fillet dieksport ke luar negara.


2.8 Catatan dan Penyimpanan Rekod.

Pengurusan kolam yang baik adalah factor penting dalam mencapai kejayaan dalam bidang akuakultur. Pengurusan yang lemah akan menyebabkan projek akuakultur menemui kegagalan. Pengalaman masa lepas sangat berguna dan berharga dalam merancang projek yang akan datang. Oleh itu, untuk menggunakan sepenuhnya pengalaman yang telah diperolehi, penternak perlu membuat rujukan. Oleh itu demi masa depan penternak perlu menyediakan rekod yang berkaitan dengan aktiviti pengurusan kolam. Rekod yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

2.8.1 Rekod pengurusan kolam.

Di antara rekod pengurusan kolam yang perlu disediakan ialah

a. Rekod perlepasan benih ikan.

Rekod ini mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
• No. Kolam.
• Saiz kolam.
• Jenis benih yang diternak.
• Kadar perlepasan.
• Jumlah ikan yang dilepaskan.
• Tarikh benih dilepaskan.
• Jangka masa ternakan.
• Tarikh ikan dihasilkan.

b. Rekod makanan ikan

Dua jenis rekod yang berkaitan dengan makanan perlu diadakan seperti berikut :-

i. Rekod Stok makanan.

Rekod ini berbentuk buku stok. Segala makanan yang dibeli mesti
direkod di dalam buku ini yang meliputi

• Tarikh pembelian.
• Nama pembekal
• Jumlah beg makanan
• Rekod masuk
• Rekod Keluar
• Rekod Baki
• Tandatangan pegawai berkaitan.

ii. Rekod pemberian makanan harian.

Rekod ini perlu disediakan bagi setiap kolam ternakan. Rekodkan jumlah makanan harian yang diberi kepada ikan bermula dari benih dilepaskan sehinggalah dua hari sebelum kutipan hasil dijalankan. Rekodkan juga data-data sampling untuk menentukan jumlah makanan yang perlu diberi untuk tempoh dua minggu selepas sesuatu sampling dijalankan.

2.8.2 Rekod penyampelan.

Rekod penyampelan perlu disediakan dan disimpan dengan rapi untuk rujukan di masa hadapan. Rekod penyampelan ini meliputi perkara berikut :

a. Tarikh dan masa penyampelan dilakukan.
b. Bilangan ikan yang disampel.
c. Bacaan berat ikan.
d. Bacaan panjang ikan.
e. Jantina ikan.
f. Umur ikan.

2.8.3 Rekod pembelian input/stok.

Pembelian input untuk operasi ternakan perlu direkodkan supaya input yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk menjalankan ternakan. Rekodkan jenis input, tarikh dibeli, harga, nama pembekal dan bilangan di dalam buku stok. Urusan keluar masuk input mestilah direkodkan untuk memudahkan semakan dan verifikasi stok. Stok yang berkurangan boleh dirancang untuk pembelian input baru.


2.8.4 Rekod jualan.

Rekod jualan perlu diadakan agar penternak tahu dimana hasil musim lalu dipasarkan. Rekod ini meliputi tarikh kutipan hasil dijalankan, kepada siapa ikan dijual, harga jualan dan kuantiti hasil yang telah dijual. Rekod ini penting untuk membuat akaun untung rugi dan perancangan masa hadapan.

2.8.5 Rekod pengeluaran.

Rekod pengeluaran bagi setiap kolam perlu disediakan. Ia meliputi jenis ikan yang diternak, tarikh perlepasan benih, kadar perlepasan, jumlah benih, tempoh ternakan, kadar hidup dan jumlah pengeluaran. Rekod pengeluaran keseluruhan ladang setiap tahun juga direkodkan dan bandingkan dengan pengeluaran keseluruhan tahun-tahun sebelumnya untuk mengetahui samada pengeluaran tahun semasa meningkat atau sebaliknya.

3.0 Penutup.

Amalan pengurusan kolam yang baik disamping mengamalkan Kod Amalan Baik Akuakultur boleh menjamin kejayaan seseorang penternak dalam bidang akuakultur. Berdasarkan kepada rekod-rekod yang disediakan seseorang penternak mampu membuat analisa keatas ladangnya dan mampu membuat perancangan yang lebih rapi dan teliti. Melalui data dan pengalaman yang diperolehi pada musim-musim ternakan terdahulu memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada penternak untuk berjaya di masa hadapan.

Ternakan Ayam di Malaysia


Ternakan ayam daging komersil.
Ternakan Ayam merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di Malaysia dan banyak negara di dunia. Ayam merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk dan paling terkenal adalah Ayam Goreng Kentucky Fried Chicken yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC?... dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng KFC.  Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi?... Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Artikel ini mengupas status industri ternakan ayam di Malaysia berdasarkan kepada laporan Agro Makanan Kementerian Pertanian Malaysia dan kajian oleh penulis sendiri yang bertugas dalam bidang pertanian lebih 30 tahun.

Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu AYAM PEDAGING,  AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 225,789,620 ekor di ternak pada tahun 2010.  Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cima sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Ternakan itek pula mencatitkan populasi sebanyak 7,927,860 ekor pada tahun 2010.  Kajian saya mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun.


Pengeluaran tempatan bagi telur ayam dan telur itek pula adalah sebanyak 9,820 juta biji pada tahun 2010 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 2,400.06 juga atau ringkasnya RM 2 billion. Rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 8,515 juta biji telur ayam setahun untuk pelbagai kegunaan termasuk industri.  Pengeluaran telur tempatan telah meningkat daripada hanya 7,384 juta biji pada tahun 2005 kepada 7,751 juta biji (2006), 8,201 juta (2007), 8,715 juta biji (2008) dan sebanyak 9,720 juta biji pada tahun 2009. Peningkatan ini dengan penambahan reban ayam telur dan peningkatan produktiviti telur ayam. Harga telur ayam Gred A dijual pada harga purata RM 10.00 setiap satu rak telur (30 biji satu rak). Penggunaan telur ayam satu rak 30 biji cuma untuk 7-10 hari sahaja dan saya perlukan 3 - 4 rak sebulan untuk membeli telur atau purata 100 biji sebulan untuk satu keluarga 5 orang.


Negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dengan bilangan ayam sebanyak 60.097 juta ekor diternak pada tahun 2010 diikuti dengan Sarawak (312.604 juta ekor), Perak (31.988 juta ekor), Melaka (18.899 juta ekor), Kelantan (17.140 juta ekor), Pulau Pinang (14.218 juta ekor), Negeri Sembilan (13.116 juta ekor) dan Selangor (12.634 juta ekor). Negeri lain memelihara kurang dari 10 juta ekor pada tahun 2010 iaitu Pahang (9.042 juta ekor), Sabah (5.586 juta ekor), Terengganu (4.621 juta ekor), Kedah (2.968 juta ekor) dan Perlis (2.881 juta ekor).  Tidak ada laporan mengenai ternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Ayam yang diternak di Johor adalah untuk kegunaan domestik dan sebahagian ekspot ke Singapura. Ladang-ladang Ayam di Johor juga menyumbangkan keujudan banyak lalat dikawasan kampong saya di Gersik yang semenjak adanya ladang ayam telah menjadi ancaman ketika hendak makan. Keadaan bertambah teruk jika mengadakan majlis kenduri kendarat...maka lalat dulu lha yang menjamah makanan!....

Ternakan itek di Tangkak, Johor
Ternakan itek pula Perak merupakan pengeluar utama itek di Malaysia dengan populasi sebanyak 5,137,639 ekor pada tahun 2010 diikuti dengan Johor (1.315 juta ekor), Pulau Pinang (450,580 ekor), Kedah (299,836 ekor), Sarawak (264,589 ekor) dan Melaka (182,873 ekor).  Negeri-negeri lain mempunyai populasi itek kurang dari 60,000 ekor pada tahun 2010 di mana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan tiada itek. Populasi ternakan itek di Malaysia telah menurun daripada sebanyak 8,052,997 ekor pada tahun 2005 kepada hanya 7,927,857 ekor pada tahun 2010.

Ayam pedaging di ternak secara komersil oleh Syarikat-syarikat terkemuka seperti Sin Mah, CP, Leong Hup dan beberapa lagi dan juga penternakan ayam secara 'Contract Farming'. Harga pasaran untuk pasaran kontrak ditetapkan mengikut perjanjian yang di tandatangani. Semasa lawatan saya ke Syarikat Al-Jabree di Bt 14 Air Hitam Johor yang mengikat kontrak dengan KFC Holding Berhad mengeluarkan ayam pedaging mengikut jadual pengeluaran matrik. Sistem ternakan syarikat ini merupakan teknik ayam pedaging secara tertutup atau orang kampong 'Ayam Aircond' dimana reban di buat untuk 2 lapisan ternakan iaitu aras 1 dan aras bawah yang ada sistem pengudaraan tersendiri untuk menyejukkan udara dalam kandang. Cara ini mengurangkan risiko bau dan pencemaran lalat (memang tiada lalat di kawasan ternakan) tetapi kos pengeluaran untuk bil letrik dan air agak tinggi berbanding dengan kaedah konvensional.


Ayam Kampong ada dua kategori iaitu Ternakan ayam kampong Tradisional dan juga secara komersil. Ternakan ayam kampong tradisional dijalankan oleh ramai penduduk kampong yang memelihara ayam secara tradisi untuk kegunaan sendiri dagingnya dan telurnya. Ternakan ayam kampong komersil menggunakan ayam kacukan (berwarna hitam, coklat atau coklat kehitaman) yang dihasilkan melalui biakbaka dan diternak secara lepas dibawah kebun getah atau kelapa sawit. Makanan ternakan ayam kampong menggunakan campuran makanan ayam komersil dan jagung serta lain-lain. Lawtan saya ke Kg Baru Labis melawat 3 ladang ternakan ayam kampong mendapati perlu ada 'niche market' untuk pasaran ayam kampong dengan harga RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram hidup untuk terus kekal dan berdaya maju.

INDUSTRI TERNAKAN DI MALAYSIA

INDUSTRI TERNAKAN DI MALAYSIA merupakan satu sektor penting dalam pembangunan pertanian di negara ini. Industri ini melibatkan aktiviti penternakan Lembu/ Kerbau, Kambing/ Bebiri, Babi, Ayam/ Itik Pedaging, Ayam/ Itik Penelur, Lembu Tenusu dan juga yang terkini Burung Walit. Sektor ini telah menyumbangkan berbillion ringgit nilai pengeluaran setahun (Tidak dilapor dalam laporan MOA 2010) dan negara kita mempunyai bekalan mencukupi untuk bekalan daging ayam, telur ayam, babi dan burung walit. Bagaimana pun untuk bekalan daging lembu dan kambing bebiri negara kita masih bergantung kepada daging impot terutama dari India, Australia dan beberapa negara lain. Pelbagai insentif dan peraturan berkaitan sektor ternakan telah dilaksanakan bagi mempastikan sektor ini akan terus berkembang pada masa akan datang. Artikel pagi Ahad ini saya menulis status sektor ternakan di Malaysia untuk bacaan semua berdasarkan Laporan Perangkaan Agro Makanan 2010 yang saya baca.


Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veriterinar (JPV) menunjukkan terdapat seramai 43,310 penternak Lembu dan 3,925 penternak Kerbau yang terlibat dalam industri ini sama ada berskala besar, sederhana dan berskala kecil. Penternak kambing/ bebiri pula direkodkan sebanyak 25,509 orang sementara penternak Ayam seramai 76,925 orang, penternak itik seramai 8,779 orang  dan  penternak babi seramai 887 orang. Pada keselurohannya negeri Kelantan merupakan negeri paling ramai bilangan penternak lembu iaitu seramai 26,186 orang tetapi kebanyakannya adalah penternak yang berskala kecil-kecilan mempunya kurang dari 5 ekor lembu diikuti dengan Negeri Terengganu seramai 5,283 orang.  Negeri Johor merupakan negeri paling banyak menyumbang sektor ternakan negara terutama dalam Ternakan Ayam (Lebih 60 juta ekor setahun), Ternakan Kambing (70,000 ekor/ tahun) serta jumlah sembelihan lembu dan kambing di Malaysia. 


Industri Ternakan Lembu di Malaysia direkodkan sebanyak 909,910 ekor Lembu pada tahun 2010 dengan sebanyak 97,580 ekor telah disembelih dirumah-rumah sembelih termasuk semasa aktiviti Korban. Kebanyakan lembu diternak secara kecil-kecilan dikawasan kampong atau secara sederhana besar dikawasan padang ragut berkelompok atau di Stesen-stesen JPV seluroh negara. Lembuh jenis KK Cross (Kacukan Kedah-Kelantan) merupakan yang paling banyak diternak selain daripada lembu impot kacukan. Terdapat sebanyak 130,090 ekor Kerbau direkodkan di negara kita pada tahun 2010 dengan sebanyak 9,130 ekor disembelih. Sabah mempunyai bilangan kerbau terbanyak iaitu 44,133 ekor diikuti dengan Pahang (17,533 ekor) dan Perak (16,951 ekor).  Jumlah pengeluaran daging segar tempatan direkodkan sebanyak 46,510 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 819.6 juta pada tahun 2010 berbanding cuma sebanyak RM 535.4 juta pada tahun 2005. Penggunaan daging oleh penduduk Malaysia sebanyak 162,360 mt sedangkan bekalan dalam negara cuma 46,510 mt setahun. Saya kira perbezaan ini iaitu sebanyak 115,850 mt daging lembu/ kerbau perlu diimpot.


Sektor Penternakan Kambing di negara kita ada populasi sebanyak 537,667 ekor Kambing dengan sebanyak 17,720 ekor disembelih pada tahun 2010. Negeri Johor merupakan negeri paling banyak menternak kambing sebanyak 69,076 ekor diikuti dengan Kedah (57,979 ekor) dan Selangor (55,934 ekor). Bilangan kambing bebiri terdapat sebanyak 128,066 ekor bebiri dengan paling banyak terdapat di Kelantan iaitu 40,023 ekor diikuti dengan Johor sebanyak 17,111 ekor.  Sebanyak 2,390 mt daging bebiri segar dihasilkan pada 2010 sementara keperluan negara adalah sebanyak 22,550 mt setahun dan perlu mengimpot 22,150 mt setahun. Nilai pengeluaran daging kambing/ bebiri sebanyak RM 65.22 juta tahun 2010. 


Ternakan babi di Malaysia adalah sebanyak 1,711,000 ekor pada tahun 2010 dengan sebanyak 1,844,340 ekor disembelih menghasilkan sebanyak 234,000 mt daging babi berbanding sebanyak 46,510 sahaja daging lembu segar setahun. Saya buat kira-kira iaitu pengeluaran daging babi tempatan adalah sebanyak 5.1 kali ganda lebih banyak daripada Daging Lembu/ Kerbau dan sebanyak 98 kali  ganda berbanding daging Kambing/ bebiri di negara kita!.  Nilai urusniaga babi di Malaysia adalah sebanyak RM 1,682 juta pada tahun 2010. Laporan juga menunjukkan penggunaan daging babi di Malaysia sebanyak 230.11 mt setahun bermakna negara kita melebihi bekalan daging babi sebanyak 4 mt setahun.


Industri Ternakan Ayam / Itik di Malaysia merupakan industri yang paling utama didalam sektor ternakan. Sebanyak 225,789,620 ekor ayam atau ringkasnya 225 juta ekor  ayam dikeluarkan pada 2010. Populasi itek pula sebanyak 7.927 juta ekor. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.295 juta metrik tan daging ayam/itek dihasilkan dengan nilai sebanyak RM 5.776 billion. Permintaan dan penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1,013 jut mt setahun berbanding dengan bekalan sebanyak 1.295 mt/setahun bermakna negara mempunyai lebihan bekalan daging ayam pada tahun 2010.   Hampir 30% kawasan pengeluaran ayam di Malaysia adalah Johor dengan sebanyak 60.1 juta ekor setahun diikut i oleh Negeri Sarawak (32 juta ekor) dan  Perak (18.8 juta ekor).  Tidak ada laporan mengenai aktiviti penternakan ayam di Wilayah Persekutuan.


Pengeluaran Telur dinegara kita mencapai 9.826 billion biji pada tahun 2010 iaitu jika dibanding cuma sebanyak 7.38 billion biji pada tahun 2005. Jika dikira dari segi berat pula adalah sebanyak 540,000 metrik tan yang bernilai RM 2.4 billion.  Kadar penggunaan telur di Malaysia adalah sebanyak 8.515 billion biji setahun dan ini bermakna kita mengekspot telur sebanyak 1.3 billion biji telur setahun. Telur ayam dijual dengan harga runcit mengikut gred iaitu Gred A (32 sen/biji), Gred (31 sen/biji), Gred C (30 sen/biji) sementara telur itek dijual pada harga 55 sen sebiji (Gred Besar) dan 50 sen sebiji (Gred Sedang). 


Pengeluaran susu lembu di negara kita sekitar 67.0 juta liter setahun yang bernilai RM 127.3 juta pada tahun 2010. Laporan menumjukkan keperluan penggunaan susu adalah sebanyak 1,373.17 juta liter setahun bermkna negara mengimopot produk susu dengan jumlah dan nilai yang sangat besar setiap tahun.  Ssusu segar yang dikeluarkan di Malaysia dibeli dengan harga ladang sebanyak RM 199.00 setiap 100 liter atau lebihkurang RM 1.99 seliter termasuk harga subsidi. Kawasan pengeluaran utama susu segar di Malaysia adalah di Sabah, Perak, Johor dan Pahang.


Industri paling diminati masa kini adalah penternakan burung walit atau Burung Layang2 (Bahasa tempatan). Laporan JPV menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 6,048 buah premis burung walit di Malaysia dimana sebanyak 1,462 adalah premis berlesen sementara sebanyak 4,586 premis tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempaan (PBT). Negeri Perak mempunyai premis burung walit paling banyak di Malaysia iaitu sebanyak 2,524 buah diikuti dengan Johor (843 buah) dan Selangor (352 buah). Penghasilan produk dari ssarang burung walit dinilaikan berbillion ringgit (Data rasmi dari MOA belum ada). 


Industri Ternakan di Malaysia merupakan satu sektor penting untuk mempastikan bekalan protin dalam negara sentiasa mencukupi. Beberapa peraturan dan insentif telah menyokong pembangunan sektor ini seperti peraturan dan akta serta enakmen bagi mengurangkan potensi pencemaran alam seperti pencemaran najis, lalat, bau dan potensi penyakit bawaan tarnakan. Kes JE dan Avian Flu telah memberikan gangguan kepada penduduk dan masyarakat setempat yang perlu dipantau setiap masa. Pengimpotan jagung bijirin yang banyak menjadikan ianya merupakan jumlah terbesar dalam pertukaran wang asing untuk makanan ayam dan ruminan lain. Kaedah baru perlu dicari untuk mengurangkan penggantungan impot jagung makanan ternakan. Wallahualam...


SEKTOR TERNAKAN...PERLU DITERUSKAN...
TERNAKAN AYAM...NILAINYA BERBILLION ...
NEGERI JOHOR....ADA BANYAK REBAN...
INDUSTRI INI...KURANGKAN PENGIMPOTAN...

Industri Perikanan Malaysia


SEKTOR PERIKANAN di Malaysia merupakan salah satu cabang sektor pertanian yang terus berkembang setiap tahun. Negara Malaysia yang mempunyai laut di sekelilingnya dan taburan hujan yang banyak mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain yng tidak mempunyai sumber alam tersebut. Jumlah pendaratan atau pengeluaran ikan di Malaysia adalah sebanyak 1,854,000 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 8,613.33 juta. Jumlah ini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan pendaratan atau pengeluaran pada tahun 2005 iaitu sebanyak 1,416,702 metrik tan bernilai RM 5,213.53 juta. Jumlah mereka yang terlibat dengan sektor ini pada 2010 adalah seramai 149,518 orang. Artikel ini saya mengemukakan sektor industri perikanan di Malaysia berdasarkan laporan dan kajian yang saya buat pada masa kini.

Sektor Perikanan di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sektor Perikanan Laut (Marine) dan Sektor Perikanan Penternak Akuakultur. Sektor Perikanan Laut adalah aktiviti yang melibatkan penangkapan ikan di kawasan Laut Pantai (Zon Ekonomik ZEE) dan kawasan Laut Dalam. Aktiviti menangkap ikan di laut ini menggunakan pelbagai teknik dan cara penangkapan daripada kaedah yang tradisional sehinggalah kepada kaedah moden menggunakan GPS, Ultra Sonic dan sebagainya. Kajian saya mendapati terdapat seramai 125,632 nelayan yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010. Hanya terdapat seramai 90,702 nelayan yang ujud pada tahun 2005 di Malaysia. Bilangan perkakas menangkap ikan yang dilesenkan pada 2010 adalah sebanyak 47,732 unit  melibatkan sebanyak 48,745 buah vessel atau bot menangkap ikan.  Daripada sebanyak 48,745 bot nelaayan sebanyak 2,998 adalah bot tidak berjentera, 27,857 bot yang berjentera sangkut (Injin Bot Sangkut) dan 17,890 buah adalah bot nerinjin laut dalam.

Jumlah pendaratan ikan laut pada tahun 2010 sebanyak 13,920,000 metrik tan bernilai RM 6,291.51 juta melalui beberapa pengkalan pendaratan LKIM atau Swasta yang terdapat di seluroh negara. Sebagai perbandingan hanya sebanyak 1,209,000 metrik tan ikan didaratkan pada tahun 2005 yang bernilai RM 4,017.52 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 296,470 metrik tan adalah dari hasil tangkapan laut dalam bernilai RM 1,132.45 juta. Jumlah tangkapan ikan dari kawasan Laut Pantai pula sebanyak 1,096,110 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5,159.06 juta. Ikan dari tangkapan laut pantai kebanyakannya adalah untuk keperluan domestik dalam Malaysia.

Bagi sektor Perikanan Akuakultur terdapat seramai 23,986 orang pengusaha terlibat pada tahun 2010 dengan penghasilan ikan sebanyak 472,310 metrik dimana sebanyak 152,630 mt adalah ikan air tawar bernilai RM 704.8 juta. Sebanyak 319,680 mt pula adalah hasil akuakultur air payau/masin bernilai RM 1,618.2 juta terutamanya udang harimau. Keseluruhan kawasan industri ikan akuakultur melibatkan kawasan seluas 32,200 hektar. Negeri Perak merupakan pengeluar utama ikan air tawar sebanyak 46,378,130 mt pada tahun 2010 dengan nilai RM 214.62 juta. ini diikuti dengan Sabah (28.86 juta),Johor (RM 24.2 juta) dan Selangor (29.9 juta).  

Terdapat sebanyak 7,250 hektar kawasan ikan air tawar dimana seluas 5,029 ha adalah dalam struktur kolam, 2,104 ha adalah tasek bekas lombong, 38 ha sangkar ikan, 19 ha tangki simen, 3.1 ha tangki kanvas dan seluas 55 ha kandang ikan. Bagi industri ternakan air payau/masin terdapat seluas 25,050 hektar kawasan dimana 7,344 ha adalah kolam, 174 ha sangkar, 9,941 ha siput sudu, 33 ha tiram dan seluas 7,538 ha untuk rumpai laut. 

Kajian menunjukkan hasilan Kerang adalah sebanyak 64,940 mt pada tahun 2010 yang bernilai RM 68.60 juta. Kawasan pengeluaran kerang utama adalah pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Sebanyak 10,640 mt Siput Sudu dihasilkan dengan nilai RM 6.23 juta pada tahun sama. Tiram juga dihasilkan sebanyak 2,300 metrik tan bernilai RM 5.82 juta terutama dari Sungai Muar, Johor Bahru dan beberapa lokasi lain. Udang dikeluarkan sebanyak 69,280 mt yang benilai RM 935.68 juta dan merupakan industri akuakultur yang menjadi penting di Malaysia. Satu industri baru yang semakin popular adalah rumpai laut dengan pengeluaran pada 2010 sebanyak 138,860 mt bernilai RM 27.7 juta.

Sektor perikanan di Malaysia perlu di majukan lagi dengan pelbagai program terutama untuk sektor Laut Dalam. Penangkapan ikan dan penguatkuasaan kawasan marin perlu dikukuhkan dari pencerobohan penangkapan ikan oleh nelayan asing terutama pada musim tengkujuh. Nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia menggunakan pelbagai alatan moden dan merosakkan pembiakan ikan apabila menggunakan pukat harimau. Sektor akuakultur masih luas lagi peluang untuk diperluaskan terutamanya dalam ternakan udang.

SEKTOR PERIKANAN...SANGAT PENTING...
PERLU DI MAJUKAN...WALAU PUN GENTING..
PERIKANAN MARIN...TINGKATKAN HASIL...
PERIKANAN AKUAKULTUR...TERUSKAN USAHA..

Ikan Keli


IKAN KELI (Clarias spp.) merupakan sejenis ikan dari keluarga CLARIDAE yang terdapat di Malaysia secara semulajadi dan kini menjadi satu industri yang menguntungkan jika di jalankan secara komersil dan bersistem. Saya mengenali ikan keli semenjak saya kanak-kanak lagi di kampong di Muar dulu dengan memancing ikan tersebut di sebelah rumah yang ada parit dan anak sungai. Lazimnya saya menggunakan mata kail dan benang nylon dengan umpan cacing yang di pasang pada petang dan esok paginya pasti mengena. Jenis ikan keli yang ada di keliling rumah saya merupakan Keli Bunga, Keli Limbat dan juga Keli Kayu. Ikan tersebut juga sering mengena jika saya pasang jaring ikan dalam anak sungai tersebut. Kaedah menuba juga pernah saya lakukan pada tahun 1960'an untuk memabukkan ikan keli dan amat mudah di tangkap dalam parit tepi rumah. Entri kali ini saya akan berkongsi maklumat mengenai industri ternakan ikan keli berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga sedikit kajian semasa terlibat dengan projek ikan keli.

Di Malaysia terdapat banyak jenis ikan keli yang ujud dan sebahagianya telah di komersilkan dan mendapat pasaran yang cukup memberangsangkan. Boleh di katakan produk ikan keli ini merupakan salah satu pilihan terbaik sebagai sumber protin rakyat Malaysia dan mudah di dapati dijual secara segai di Pasar Besar, Pasar Malam malahan dalam Hypermarket seperti GIANT, JUSCO, TESCO, MYDIN, ECONSAVE dan banyak putlet lagi. Kalau kita makan di R&R PLUS Highway, hidangan ikan keli goreng bersambal merupakan satu kegemaran ramai pelanggan yang makan tengahari dengan harga berpatutan. Antara resepi yang paling popular mengenai ikan keli adalah Ikan Keli Goreng Bersambal, Ikan Keli Goreng Berempah dan dalam Masyarakat Jawa Muar tentulah 'Ikan Keli Masak Pecel'.

Kajian menunjukkan terdapat 9 jenis ikan keli yang ujud di Malaysia iaitu Ikan Keli Kayu (Clarias batrachus), Ikan Keli Bunga (Clarias macrosephalus), Ikan Keli Eksotika (Clarias gariepinus),  Ikan Keli Limbat (Clarias neuhorfii), Ikan Keli Mata Kati (Clarias spp.), Ikan Keli Rusia (Clarias spp.), Ikan Keli Afrika (Clarias spp.) dan Ikan Keli Jeram (Clarias foratum) dan Ikan Keli Hutan (Clarius spp.).  Daripada spesis-spesis tersebut yang banyak di ternak untuk tujuan komersil adalah jenis Keli Eksotika dan Keli Afrika. Walau pun jenis-jenis lain ada diternak tetapi penternak inginkan ikan keli yang cepat membesar dan memberikan keuntungan yang optima. Pengalaman saya ketika bertugas di Melaka melibatkan pembangunan projek ternakan ikan keli dalam projek MIADP pada tahun 1980'an dan 1990'an terutama di Kawasan Sg Buloh, Melaka Pindah di Kawasan Jasin dan banyak lagi lokasi menunjukkan projek ini amat berjaya.

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia dan Indonesia serta Thailand. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut juga sebagai "ikan sembilang". Bagi orang Johor pula faham bahawa ikan sembilang hanya hidup di laut dan ianya juga digelar Ikan Mayong. Ikan keli liar memang boleh didapati di kebanyakan sawah padi seperti di Sawah Ring Muar dan kawasan Sawah Sg Balang tetapi lebih mudah juga didapati dalam parit air kawasan tanah gambut atau di beberapa lokasi. Pernah satu ketika dulu Jabatan Pertanian menjalankan kempen menggunakan ikan keli sebagai salah satu cara dalam kawalan serangga perosak padi dalam konsep Kawalan Perosak Bersepadu (IPM). Saya terlibat dengan kempen tersebut dengan melepaskan 5,000 ekor anak keli dalam Sawah Endau dan Sawah Air Papan Mersing, Johor dan telah pun menjadi sejarah tersendiri. Semasa sawah hendak dituai saya dapati kelihatan beribu-ribu ekor keli dalam sawah tersebut. Maka saudara Hj Zahit pun keringkan sawah petang hari untuk dituai esoknya. Malang sungguh!.....esok pagi apabila sawah sudah hampir kering cuma dapat 5 ekor sahaja..mana perginya ikan keli tersebut?.....Saya dah ada jawapan tetapi mantan TPP Johor En Yacob Ahmad agaknya masih fobia dengan isu tersebut yang berlaku di Sawah Ring, Muar Johor pada tahun 2000. Ada jin makan ikan keli ke di Sawah Ring En Yaacob?

Pada masa ini ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah simen atau kolah Kanvas. Struktur Kolam dibina sedalam tidak melebihi 3-4 kaki kerana ikan keli mengambil oksijen dari permukaan air dan kita akan nampak ia berenang turun naik di permukaan air. Semasa pembinaan kolam ternakan tanah pastikan ada sumber air bersih dan tentukan ada air masuk dan keluar. Bagi kolam yang masuk pusingan berikut setelah menuai, keringkan dulu kolam dan tabur dengan kapor serta buat penyelenggaraan tebing kolam dan sistel saliran. Masukkan anak benih keli yang mudah didapati daripada pembekal tempatan. Benih berukuran 1 inci sangat sesuai di masukkan kedalam kolam. Harga benih bergantung kepada saiz anak benih keli dan jarak perjalanan. Ada yang jual RM 0.05 - RM 0.40 ikut keadaan. Anak benih yang besar menjamin peratus hidup yang lebih baik. Punca utama kematian anak benih keli adalah di makan musuh (Haruan, Burung, Biawak dll) selain dari faktur kualiti air dan makanan tidak sesuai.


Ikan keli yang saya perhatikan mudah dibiakkan dengan teknologi terkini terutama Keli Eksotika dan Keli Afrika. Banyak pengusaha tempatan yang telah berkursus dengan Jabatan Perikanan mampu menghasilkan anak benih keli. Sperma dari keli jantan yang dikeluarkan dengan membelah perut di gaul dengan sperma dari keli betina yang dikeluarkan dengan mengurut bahagian telur. Gaul menggunakan bulu ayam dalam mangkuk sebelum di masukkan kedalam tangki penetasan. Selepas beberapa hari telur akan menetas dan berikan makananplankton semulajadi sebelum membesar dan masukkan kedalam kolam atau kolah pembesaran  dengan memberi makan khas untuk anak benih. Apabila sesuai benih tersebut sedia untuk dijual atu dimasukkan kedalam kolam penternakan.


Makanan ikan keli kini telah menggunakan pellet makanan ikan yang dihasilkan oleh syarikat seperti CARGILL, GOLD COIN dan sebagainya dengan harga yang agak tinggi pada masa kini (Foto kiri). Ada penternak yang menggunakan makanan lain seperti reja daging ayam, lemak ayam, bangkai ayam dan sebagainya. Pernah saya melawat kolam ternakan ikan keli di Sungai Buloh Selangor pada tahun 1997 dengan Pengarah MIADP sangat terkejut apabila melihat bangkai ayam yang busuk di campakkan kedalam kolam...lebih dahsyat lagi bila melihat bangkai ayam tersebut di masukkan dalam tong drum sehingga menghasilkan banyak ulat-ulaat dengan bau yang sangat busuk. Pekerja ladang pun tutup hidung sambil mencedok cecair ulat bangkai ayam dam tuang dalam kolam ikan keli...maka ikan keli pun berlumba-lumba makan. Wow....hingga kini saya tidak boleh lupa insiden tersebut.  


Ikan keli boleh di tuai beberapa minggu atau bulan selepas dimasukkan dalam kolam tanah, kolah simen atau Kolah Kanvas bergantung kepada pengurusan. Kawalan dan pengurusan air sangat penting untuk mempastikan ikan tidak diserang penyakit seperti penyakit kudis atau pecah perut (dalam kolam simen sering berlaku). Apabila mencapai saiz sesuai pilih ikan yang hendak dijual dan buat penggredan. Kajian saya mendapati satu kilo ikan keli boleh dijual dengan harga RM 2.50 - RM 3.50 sekilogram atau pada harga purata RM 3.00 sekilogram. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Borong Selangor. Ikan ini dibiarkan hidup dalam bekas sehingga ianya di siang untuk dijual di pasar. Bahagian perut akan disiang dan kepala dibuang untuk memudahkan kerja memasak ikan tersebut. Ikan Keli atau Catfish merupakan sejenis ikan yang mempunyai nyawa yang panjang dimana ia mampu berjalan diatas tanah menggunakan siripnya untuk bergerak dari satu lubuk ke lubuk yang lain. Ikan keli juga akan menyusup atau masuk kedalam lumpur untuk beberapa lama apabila datang musim kemarau atau musim kering.  Oleh itu ada kepercayaan sesiapa yang makan ikan keli akan panjang nyawa!
Wallahualam...


MENTERNAK IKAN .....IKAN KELI....
MUDAH DIJAGA....HASIL DAH PASTI....
PASARAN DICARI...TIDAH SUSAH HATI...
BANYAK KHASIAT....ENAK TAK TERPERI...