Dr. Padilah Bakar, Hjh.Rokiah Hj.Abd. Latif & Hj.Misri Hj.Samingin
Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar,
Batu Berendam, 75350 Melaka,
Malaysia
Pengurusan kesihatan sebenarnya sudah bermula sebelum aktiviti ternakan
dijalankan dan berterusan sehingga ikan dipasarkan. Pengawalan dan pencegahan penyakit
merangkumi semua aspek penting di dalam pengurusan harian ternakan seperti pemakanan,
kebersihan sangkar, kualiti air dan sebagainya.
Pengurusan kesihatan yang sistematik, sempurna dan ekonomi memerlukan
perancangan yang rapi dan teliti. Khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari Pegawai
Perikanan mungkin diperlukan untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
Kejayaan projek ternakan bergantung kepada keupayaan mengawal jangkitan
penyakit dengan menjamin persekitaran yang selesa untuk ikan, pemakanan yang betul dan
berkualiti, kadar tumbesaran yang optima dan FCR (kadar pertukaran makanan) yang rendah.
Individu mestilah menanamkan sikap positif bagi memperlengkapkan diri
menjadi seorang pengurus yang berjaya. Seorang pengurus secara total perlulah mempunyai
ciri-ciri berikut yang merangkumi aspek-aspek penting seperti:
Bermatlamat
Matlamat untuk menjadi penternak yang berjaya dan menjadikan akuakultur sebagai penyumbang ekonomi negara yang utama. Matlamat yang dipegang akan memberi rangsangan kepada penternak untuk mencari jalan agar matlamat tercapai dan segala rintangan akan ditempuhi dengan cekal dan tabah.Objektif
Objektif untuk mencapai pengeluaran ikan yang tinggi, berkualiti dan berterusan serta kos operasi yang minima bagi setiap pusingan ternakan dan mengikut kehendak pengguna. Ianya dapat memotivasikan diri pengurus untuk mengambil tindakan dan langkah tertentu dengan sistematik dan sempurna menjurus kepada objektif yang ditetapkan.Bermaklumat
Mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang akuakultur. Maklumat boleh diperolehi dari penternak yang berpengalaman, pembacaan, seminar, kursus dan melalui internet. Ilmu yang diperolehi akan memberi keyakinan kepada seseorang pengurus untuk meneruskan usaha menternak ikan.Sikap terbuka
Akuakultur memberi risiko yang tinggi kerana ia berkait rapat dengan perubahan persekitaran. Pengurus perlu bersedia menerima segala kemungkinan.
Sistem ternakan
Apa jua sistem ternakan yang dipraktikkan, rekabentuk serta susun atur kawasan ternakan hendaklah strategik dan sesuai. Beberapa perkara penting perlu diberi penekanan iaitu:
Sistem penukaran air yang cekap dan mudah dijalankan Pungutan hasil dapat dijalankan dengan mudah dan dengan penyelenggaraan yang minima Elakkan kemasukan ikan liar yang berkemungkinan membawa penyakit
Pemilihan tapak ternakanLokasi
Lokasi dipilih mempunyai cuaca yang stabil. Ianya bukan kawasan kering ataupun bukan kawasan hujan yang tinggi.Kemudahan infrastruktur
Bekalan elektrik, air paip, telefon dan jalanraya sedia ada.Punca air
Berhampiran dengan kawasan ternakan bagi memudahkan pemerhatian dibuat Berkualiti, sesuai dengan pemilihan spesis ikan yang diternak dan mencukupi Bebas dari percemaran Bebas dari ikan liar yang berkemungkinan besar membawa penyakitTanah
Tidak mengandungi asid sulfat yang tinggi kerana pH air yang rendah <6.5 tidak sesuai untuk ternakan ikan. Masalah keasidan air boleh berlaku terutamanya dikawasan tanah gambut, berdekatan lembah sungai atau kawasan air payau. Melalui pendedahan panas matahari yang berterusan, iron pyrite didalam tanah akan teroksida menghasilkan karat air dan air yang berasid. Keasidan air akan menghakis dan merosakkan insang manakala karat besi (Fe) akan meliputi permukaan insang dan menyebabkan kesukaran bernafas. Kawasan persekitaran perlu bebas dari kawasan perindustrian untuk mengelakkan pencemaran bahan kimia dan bahan toksik.Benih
Benih yang berkualiti
Selalunya dihasilkan oleh unit hactheri (asuhan) yang mengamalkan pengurusan nurseri dan induk yang sistematik. Ini akan menghasilkan induk yang sihat dan seterusnya menghasilkan anak benih yang berkualiti. Penggunaan bahan kimia dan antibiotik
Rawatan secara terkawal dapat mengelakkan rintangan kepada serangan patogen dan seterusnya meningkatkan daya ketahanan badan ikan terhadap jangkitan penyakit berjangkit. Teknik penghasilan benih
Pembiakan secara `culling' dan selective boleh membaiki mutu benih agar tahan penyakit. Elakkan ‘inbreeding’, kerana ia akan menghasilkan benih yang lemah dan tidak tahan serangan penyakit. Pelepasan benih
Antara aktiviti yang dijalankan:
Memastikan mutu air sesuai dengan spesis ikan yang diternak. Benih ikan dikuarantin selama seminggu dan diberi rawatan profilaksis (formalin 25ppm dan garam 1000ppm) dengan pengudaraan yang cukup. Benih-benih yang tidak sihat diasingkan, hanya benih yang sihat/aktif sahaja dipilih. Perlepasan benih dilakukan diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan `heat stress' pada ikan.
Air merupakan medium untuk
ikan hidup. Pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan dengan lebih kerap agar masalah dapat
dikesan pada peringkat awal terutama apabila berlaku perubahan cuaca seperti hujan, panas
terik, dan kemasukan air baru. Penggunaan alat mengukur kualiti air seperti oksigen
meter, pH meter dan jangkasuhu (thermometer), sebaik-baiknya disediakan jika mampu.
Pertukaran air kolam perlu dilakukan pada kadar
5-10% bagi sistem pengaliran air secara berterusan. Bagi sistem aliran air yang statik,
air kolam perlu ditukar sebanyak 30% apabila warna air kolam telah bertukar kepada hijau
pekat dan terdapat banyak zarah terampai di permukaan air (green alga). Salur air masuk
perlu dipasang penapis, jaring atau pasir dan batu kerikil bagi menghalang kemasukan ikan
liar, siput, serangga air dan kotoran.
Jadual 1: Kriteria mutu air yang sesuai untuk ternakan
PARAMETER (mg/l) atau ppm
|
Tahap Normal
|
Paras yang boleh diterima
|
Alkaliniti (mg/l CaCO3)
|
30-130
|
>20
|
pH (unit)
|
6.5-8.5
|
6.5-8.5
|
Bahan terampai
|
25-80
|
80-400
|
Suhu (oC)
|
27-30
|
�5
|
Oksigen terlarut (O2)
|
>5.0
|
>20
|
Ammonia (NH3)
|
0.02
|
0.2
|
Fosfat (PO42-)
|
0.002
|
0.05
|
BOD
|
<2
|
<2
|
Ferum (Fe)
|
0.01
|
1.0
|
Nitrat (NO3-)
|
42
|
100
|
Karban dioksida (CO2)
|
0-15
|
<25
|
Sulfat (SO42-)
|
0.002
|
-
|
Ternakan sangkar tidak memerlukan penukaran air, walaubagaimanapun ia
terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi. Perubahan fizikal-kimia parameter air yang
ketara berlaku apabila terdapat perubahan cuaca pada persekitaran.
Masalah kritikal bagi ternakan sangkar biasanya erlaku pada musim
kemarau atau tengkujuh dimana terdapat perubahan besar kepada kualiti air. Oleh yang
demikian perancangan perlu dilakukan supaya masa ternakan ikan diperingkat asuhan tidak
menempuh kedua-dua musim tersebut.
Jadual 2: Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan
Parameter Air
|
Perubahan Patologi dan Tanda Klinikal
|
1. Ammonia toksisiti
|
kematian akut, ‘hyperexcitability’ - melompat-lompat dipermukaan
air, kurang makan, tumbesaran terbantut dan insang rosak (kes kronik).
|
2. Nitrit toksisiti
|
dyspnea (susah bernafas), lemah dan berada dipermukaan air. Darah berwarna
coklat (methaemoglobinaemia), insang pucat dan berwarna coklat.
|
3. Karbon dioksida tinggi
|
pengasidan air (pH rendah), dyspnea (tercungap-cungap dipermukaan air).
|
4. Kekurangan oksigen
|
ikan tidak aktif, ikan berkumpul berdekatan punca air masuk atau saluran
paip aeration, anorexia atau kurang makan, tercungap-cungap dipermukaan air dengan opecula
terbuka.
|
5. Kekeruhan tinggi
|
menghalang penembusan cahaya untuk fotosintensis, mengurangkan kandungan
oksigen didalam air.
|
6. Dedahan suhu tinggi berpanjangan
|
ikan kurang selera makan, FCR rendah, tidak tentu arah (restless), tumbesaran
terbantut.
|
Rujukan tambahan - PEMAHAMAN ASAS - ASAS MUTUAIR
5. Pemakanan
- Penggunaan makanan yang seimbang dan berkualiti memastikan kadar tumbesaran yang cepat, meningkatkan status kesihatan dan seterusnya meningkatkan ketahanan ikan melawan penyakit.
- Kekurangan nutrient tertentu didalam makanan mengakibatkan ikan mengalami penyakit kekurangan nutrien (nutritional deficiency syndrome). Contoh: ikan keli mengalami retak kepala akibat kekurangan vitamin C.
- Makanan terdiri daripada jenis starter dan grower. Diperingkat tumbesaran ikan diberi pemakanan jenis grower dengan nilai protein yang tinggi, contoh: ikan tilapia (28-32%).
- Pemberian makanan perlu secukupnya(optima) dan tanpa berlebihan. Kadar pemberian makanan bagi ikan diperingkat asuhan ialah sebanyak 5-6% berat badan ikan dan 3% bagi ikan melebihi 30g ke atas.
- Simpan makanan ditempat kering agar tidak dijangkiti fungus. Penyimpanan yang terlalu lama akan merendahkan kualiti makanan.
- Faktor mempengaruhi penyakit ikan
Penyakit ikan berlaku disebabkan oleh interaksi kompleks diantara faktor ikan, patogen dan persekitaran. Kehadiran patogen seperti bakteria, parasit, kulat dan sebagainya memungkinkan berlakunya serangan penyakit primer tetapi serangan penyakit sekunder biasanya berlaku apabila 3 faktor di atas berinteraksi secara serentak.
Walaupun terdapat kehadiran patogen didalam sistem ternakan akuatik, melalui pengurusan yang cekap, persekitaran yang baik dan terkawal, jangkitan penyakit dapat dikawal apabila imunisasi badan ikan dapat ditingkatkan. Keadaan yang sebaliknya mungkin berlaku apabila ikan diternak di persekitaran yang tidak sesuai, kejadian penyakit meningkat walaupun ternakan adalah dari benih yang berkualiti. - Kualiti ikan
Ikan yang sensitif mempunyai ketahanan badan yang rendah dan keadaan ini menggalakkan serangan penyakit berlaku. Ikan sensitif dapat dikesan pada peringkat pembenihan lagi.
Tanda-tanda benih yang tidak berkualiti adalah seperti berikut:
Saiznya kecil dari saiz sebenar Tiada selera makan Warna badan lebih gelap Mengasingkan diri dari kelompok yang ramai Bentuk fizikal yang tidak normal atau berlainan dari bentuk asal.
- Kehadiran patogen
Jenis parasit, bakteria, virus dan fungus merupakan punca penyakit yang sering menjangkiti ternakan. Kebanyakan mikroorganisma ini merupakan sebahagian daripada sistem akuatik flora. Jangkitan penyakit berlaku apabila sistem imunisasi ikan lemah disebabkan oleh tekanan dari beberapa faktor persekitaran (predisposing factors) yang lain. - Persekitaran yang memberi tekanan
Walaupun faktor ikan yang lemah dan patogen perlu ada sebagai penyebab penyakit, faktor persekitaran lebih banyak mempengaruhi untuk meransang kehadiran penyakit. Faktor persekitaran terbahagi kepada 3 iaitu:
Fizikal Kimia Pengurusan1. Faktor fizikal
Perubahan suhu mendadak
Ikan mempunyai tahap toleransi yang maksima dan minima terhadap perubahan suhu. Perubahan suhu yang melebihi 5 oC secara mendadak akan mempengaruhi keseimbangan regulasi sistem saraf dan hormonal badan ikan seterusnya menyebabkan gangguan kepada sistem imunisasi.
Suhu tinggi yang berpanjangan
Suhu tinggi menyebabkan kurang keterlarutan oksigen dan meningkatnya pertambahan mikroorganisma di dalam sistem akuatik. ‘Heat stress’ menyebabkan kadar metabolisma badan ikan meningkat, begitu juga paras cortisol di dalam darah. Ikan mengalami keadaan kurang selera makan dan terdedah kepada jangkitan penyakit akibat kurang daya ketahanan melawan penyakit.
Perubahan cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Fotosintesis meningkatkan keterlarutan oksigen di dalam sistem akuatik. Sebarang faktor yang merencat proses ini akan menyebabkan kejatuhan paras oksigen di dalam air.
Keterlarutan oksigen
Tahap keperluan oksigen terlarut untuk ikan adalah diantara 4-10 ppm. Ikan boleh hidup di bawah 4ppm tetapi paras oksigen yang rendah akan mempengaruhi kadar tumbesaran ikan secara keseluruhan. Paras oksigen yang terlalu tinggi pula akan menyebabkan gas embolism pada ikan.2. Faktor KimiaMutu air yang merosot
Setiap spesis ikan mempunyai tahap toleransi optima dari segi kualiti air seperti yang telah dibincangkan dalam Jadual 1. Ikan akan mengalami tekanan apabila paras kualiti air berada diluar julat normal. Beberapa faktor tekanan yang dialami serentak akan melemahkan sistem imunisasi badan ikan dan mendedahkan ikan kepada serangan penyakit.Pembuangan bahan metabolik yang berlebihan
Proses nitrifikasi bahan organik seperti tumbuhan dan hidupan akuatik menghasilkan ammonia sebagai salah satu bahan kumuhan. Salah satu punca meningkatnya paras ammonia didalam sistem ternakan akuatik ialah lebihan makanan dan bahan buangan akuakultur seperti najis ikan.Percemaran organik
Percemaran organik berpunca dari kemasukan bahan reput, tumbuhan atau bahan organik lain seperti makanan yang berlebihan, bahan buangan domestik, perindustrian, baja, aliran darat yang dibawa oleh hujan dan sebagainya. Oksigen terlarut akan berkurangan disebabkan proses pereputan bahan organik oleh bakteria. Proses ini juga menggalakkan peningkatan populasi bakteria disamping meningkatkan kandungan nutrien sistem akuatik.
Nutrien yang tinggi menggalakkan `alga bloom'. `Alga bloom' menurunkan kandungan oksigen, meningkatkan karbon dioksida dan pH air melalui proses pereputan(decompose). Alga juga akan meliputi permukaan air dan menghalang penembusan cahaya. Masalah kekurangan oksigen biasanya berlaku di waktu malam atau awal pagi, apabila cuaca mendung dan hujan lebat. Masalah ini berlaku akibat penggunaan oksigen oleh tumbuhan untuk respirasi.3. Faktor PengurusanMasalah utama dan akibat ketidakcekapan di dalam pengurusan:Kadar perlepasan tinggi
Ruang legar yang sempit menyebabkan ikan berlaga-laga sesama sendiri. Bagi ikan berduri (catfish), badannya akan lebih mudah mendapat luka. Jangkitan penyakit juga mudah berlaku dan merebak dengan cepat. ‘Krisis sosial’ berlaku dimana ikan yang dominan akan membuli ikan-ikan yang lebih kecil. Tumbesaran akan terbantut dan ketidakseragaman saiz ketara pada kumpulan terlibat.Pemberian makanan yang tidak seimbang
Pemberian makanan yang berlebihan perlu dielakkan. Makanan yang berlebihan akan jatuh ke dasar menjadi substrat pertumbuhan bakteria. Selain daripada itu, bahan organik menyebabkan proses pereputan berlaku dan seterusnya meningkatkan persaingan terhadap penggunaan oksigen.Pengendalian ikan secara kasar
Semasa persampelan ikan, pengendalian ikan secara kasar akan menyebabkan kecederaan. Masalah jangkitan bakteria dan fungus merupakan masalah utama yang sering dihadapi akibat pengendalian yang tidak betul.
Di peringkat awal, kemahiran dan kecekapan penternak mengenalpasti
tanda-tanda awal ternakan bermasalah boleh dipertingkatkan melalui pemerhatian yang
berterusan serta penganalisaan yang teliti.
Penternak perlu :
- Menentukan keseluruhan ciri-ciri normal spesis ikan yang diternak dari segi morfologi dan kelakuan berbanding dengan yang tidak normal.
- Peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan kelakuan ternakan dan mengenalpasti perubahan persekitaran yang boleh mempengaruhi kesihatan ikan
- Cekap didalam membuat keputusan serta mengambil tindakan kawalan dan rawatan segera sekiranya masalah dikesan.
Jadual 3: Perbezaan
simpton yang ditunjukkan akibat dari masalah patogen dan persekitaran
Masalah persekitaran
|
Patogen
|
||
Parasit
|
Bakteria
|
Virus 'outbreak'
|
|
Kematian serta-merta dalam kuantiti yang banyak dan tidak menunjukkan
sebarang tanda-tanda penyakit fizikal
|
Kematian berperingkat- peringkat, 2-10 ekor sehari.
Badan diselaputi lendir yang banyak. |
Kematian berperingkat- peringkat, 2-10 ekor sehari.
Terdapat luka, kudis, kemerahan dan sebagainya |
Kadar
kematian akut dan tinggi. Kematian selalunya melibatkan peringkat umur, spesis ikan tertentu. Terdapat tanda klinikal dan lesi patologi. |
Jadual 4: Perbezaan simpton punca masalah
persekitaran yang berlainan
Simpton
|
Punca masalah
|
|
Percemaran Racun
|
Kekurangan oksigen terlarut
|
|
Kelakuan
|
Berenang tanpa arah, kematian akut
|
Tercungap-cungap di permukaan air
|
Waktu kematian
|
Bila-bila masa
|
Malam; subuh
|
Warna air
|
Biasa; tidak berbau
|
Coklat kehitaman
|
pH air
|
7.5-9.0
|
6.0-7.5
|
Oksigen terlarut
|
5-7 ppm
|
1-2 ppm
|
Saiz ikan
|
semua saiz terlibat
|
Saiz besar mati
|
Tanda-tanda am
ternakan menghadapi masalah
Perubahan Fizikal
Dropsi/ascites |
|
Perdarahan di kulit pada ikan Patin |
Perdarahan di kulit pada ikan Tilapia |
Mata terbonjol/exopthalmos |
Retak kepala |
Sakit kuning/jaundice |
Ulser kulit (furunculosis) |
Perubahan Kelakuan
Posisi renang abnormal |
Berenang tanpa arah |
Berenang di permukaan |
Dyspnea - tercungap di permukaan |
Ichthyopthirius multifiliis |
Argulus sp. |
Jenis ektoparasit yang
kerap menjangkiti ternakan ikan air tawar
Learnea sp. |
White spot |
Epistylis sp. |
Monogene Dactylogyrus, x10 |
Monogene Gyrodactylus, x10 |
Trichodina sp., x10 |
8.1 Apa yang anda harus lakukan ?
Tindakan segera
Penternak berpengalaman yang pasti punca penyakit hendaklah segera mengambil tindakan rawatan untuk mengawal penyakit dari merebak. Dapatkan nasihat dari Pegawai Perikanan yang berdekatan. Keterlarutan oksigen dan pH Oksigen yang rendah perlu dibantu dengan pengudaraan tambahan sementara pH yang terlalu rendah dapat ditingkatkan melalui pengapuran. Jika masalah berpunca dari kualiti air yang rendah, pertukaran air kolam sebanyak 30% daripada isipadu asal hendaklah dilakukan. Pemberian makanan dikurangkan buat sementara waktu sehingga masalah dipulihkan. Ikan yang masih sihat dan mencapai saiz pasaran sebaik-baiknya segera dijual. Buang ikan yang mati sekerap mungkin untuk mengelakkan kontaminasi dan jangkitan kepada ikan yang sihat. Asingkan ikan yang sakit, buat rawatan segera setelah mengenalpasti punca penyakit. Rawatan awal menggunakan 1 kg garam(1000ppm) dan 5-6 sudu formalin(25ppm) untuk 1 ton isipadu air boleh dilakukan selama 5-7 hari sebagai disinfeksi dan juga rawatan kepada jangkitan parasit. Hantar sampel ikan berpenyakit dan sampel air ke makmal diagnosis (rujuk perkara 8.5). Bawa bersama maklumat latarbelakang ternakan.Tindakan susulan (setelah laporan makmal diterima)
Beri rawatan yang dicadangkan. Jalankan langkah kawalan yang dinasihatkan Tingkatkan kebersihan kawasan dan sistem ternakan. Makanan diberi secara optima, elakkan pembaziran. Kualiti air dikolam atau sistem ternakan sentiasa diperiksa dari semasa ke semasa.
8.2 Mengapa perlu merujuk ke makmal diagnosis?
Mengetahui punca sebenar masalah kesihatan dan merawat penyakit yang dikenalpasti.
Masalah kesihatan atau kematian ikan kebanyakannya berpunca dari kombinasi beberapa faktor tekanan (predisposing factors). Kajian makmal perlu dijalankan bagi mendapatkan diagnosis didalam mengenalpasti penyakit.
Walaupun terdapat simpton penyakit spesifik tetapi kebanyakan simpton yang ditunjukkan adalah lebih am. Memberi langkah rawatan dan pengawalan dengan lebih berkesan. Memperbaiki sistem ternakan, sekaligus pengurusan air dan sistem saliran. Mempertingkatkan kualiti pengurusan supaya mendapat hasil yang maksima.
8.3 Bagaimana caranya persampelan ikan dan air dibuat?
Sampel ikan mestilah yang masih hidup, terdapat tanda-tanda sakit yang teruk dan baru dijangkiti. Ikan dimasukkan ke dalam plastik dan diberi pengudaraan. Sampel air diambil dari beberapa lokasi kolam ternakan dan dari punca air masuk dan keluar. Air dimasukkan ke dalam botol plastik (500ml) dan ditutup rapat.
8.4 Apa yang perlu ada didalam maklumat latarbelakang?
Bagaimana masalah penyakit mula dikesan. Waktu bilakah kematian berlaku. Kadar kematian dan adakah mati berperingkat atau serentak. Tanda klinikal penyakit ikan. Sistem ternakan yang diamalkan. Maklumat pengurusan seperti jenis makanan, kadar pemberian makanan, kadar perlepasan. Pengendalian harian/aktiviti yang dijalankan. Sebarang aktiviti yang dilakukan sebelum kematian. Perubahan cuaca. Butiran kualiti air.
8.5 Di manakah letaknya makmal diagnosis?
Negeri
|
Makmal Diagnosis
|
No Tel/Fax/e-mail
|
Kedah dan Perlis
|
Pusat Penyelidikan dan Pengeluaran Benih Udang Kebangsaan, P. Sayak
|
6-04-4374021
6-04-4374470 |
Pulau Pinang dan Perak
|
Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang
|
6-04-6263926/25
6-04-6262210 |
Pahang, Kelantan, Terengganu
|
Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut, Tg. Demong, Terengganu
|
6-09-6956778
6-09-6958826 |
Selangor dan Wilayah Persekutuan
|
Pusat Kuarantin dan Kesihatan Ikan , Subang, Selangor
|
6-03-7465143
6-03-7465149 |
Melaka dan N. Sembilan
|
Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Batu Berendam, Melaka
|
6-06-3171131/2485
6-06-3175705 |
Johor
|
Pusat Penyelidikan Ikan Air Payau, Gelang Patah, Johor
|
6-06-5101202
6-07-5103015 |
Sabah
|
Pusat Penyeldikan Likas, Sabah
|
|
Sarawak
|
Pusat Penyelidikan Bintawa, Sarawak
|
6-082-334144
|
No comments:
Post a Comment