Industri Ikan Akuarium
di Malaysia merupakan satu ‘LOMBONG EMAS' kerana ujudnya berbagai
spesis ikan akuarium, berbagai warna, bentuk, perangai dan juga asal
usul yang sangat unik. Kepelbagaian ini menyebabkan industri ikan
akuarium di Malaysia mempunyai potensi pasaran yang cukup besar dengan
nilai pasaran ikan hiasan dunia bernilai lingkungan RM 20 billion
setahun (Baca blog saya June bertajuk 'Ikan Hiasan').
Jika dicampurkan dengan industri makanan ikan hiasan, industri tumbuhan
akuatik, peralatan dan lain-lain aksesori nilai industri ikan hiasan
dunia bernilai melebihi RM 100 billion setahun. Industri ikan akuarium
di Malaysia telah di mulakan semenjak tahun 1950’an lagi dengan skala
kecil-kecilan dengan pasaran tradisi untuk dijual ke Singapura dan
seterusnya di edarkan keseluruh dunia. Singapura dikenalpasti mengekspot
ikan hiasan ke Eropah semenjak tahun 1940’an lagi. Malaysia, Indonesia
dan Thailand kini merupakan antara pengeluar ikan hiasan tropika
didunia. Artikel kali ini saya buat ‘posting’ mengenai potensi industri
ikan hiasan dan teknologi berkaitan dengannya berdasarkan pengalaman
penulis bertugad di Johor selama 14 tahun dahulu.
Malaysia
mempunyai peluang sangat cerah dalam industri ini dimana cuaca panas
sepanjang tahun, sumber bekalan air yang banyak, kemudahan prasarana,
keujudan teknologi serta luang pasaran yang ujud membuatkan ianya sangat
berdaya maju. Kajian saya mendapati industri ikan akuarium secara
sistematik dimulakan seawal tahun 1980’an lagi (Saya baru habis belajar
di universiti). Pada masa ini Malaysia mempunyai seramai lingkungan 400
orang pengusaha ikan hiasan terutama di Johor yang mana 90% daripada
mereka terlibat dengan pengeluaran ikan hiasan dan 10% lagi terlibat
dengan pengeluaran makanan ikan serta pengeluaran tumbuhan akuatik untuk
akuarium. Nilai penghasilan ikan hiasan telah meningkat berkali ganda
daripada sebanyak 188 juta ekor bernilai RM 34 juta pada tahun 1993
kepada lebih 507.2 juta ekor bernilai RM 770.2 juta pada tahun 2010
iaitu peningkatan berkali-kali ganda. Malaysia juga kaya dan mempunyai
pelbagai sumber tumbuhan akuatik untuk induatri ikan akuarium dengan
mempunyai lebih dari 30 sspesis tumbuhan yang berbagai warna, bentuk,
unik dan cirri tersendiri. Industri ini saya banyak peluang lawat di
Johor dimana dimajukan dan sangat menguntungkan. Tumbuhan akuatik ini
mudah dibiakna dengan teknologi yang ada seperti teknologi pembiakan
dengan tisu didik, teknologi kawalan mutu air dan teknologi kaedah
pemasaran.
Malaysia
juga mempunyai potensi besar untuk mengeluarkan system pengurusan dan
peralatan serta perkakasan untuk industri ikan akuarium. Keperluan untuk
menbekalkan tangki akuarium, penapis air, pam akuarium, aerators,
lampu, pemmanas air, sisitem pembersihan serta lain-lain sangat besar.
Banyak kilang tempatan mampu menghasilkan peralatan ini berasaskan kaca,
plastic, getah dan sebagainya. Bahan hiasan dalam akuarium seperti
batu, kayu, replica, tumbuhan akuatik plastic dan sebagainya mudah
dihasilkan di Malaysia. Makanan ikan akuarium adalah satu industri yang
sangat kritikal kerana semua ikan akuarium perlu diberikan makan.
Walaupun permintaan domestic masih kecil tetapi untuk pasaran global
jumlahnya adalah besar. Negara kita juga mampu menghasilkan ubat-ubatan
dan bahan kimia untuk ikan hiasan walau pun kini ianya masih banyak yang
diimpot.
Negeri
Johor merupakan antara negeri yang paling aktif dengan industri
ternakan ikan hiasan di Malaysia. Kedudukannya yang berhampiran dengan
Singapura, Kawasan Sesuai, Sumber air bersih, Rantaian Sistem Pasaran.,
Galakan oleh Kerajaan serta keujudan teknologi sesuai menjadikan Johor
pilihan terbaik. Bilangan pengusaha telah meningkat di Johor dari
seramai 18 orang pada 1980 (217 hektar) kepada 345 orang (314 ladang)
pada tahun 1990 dan kini telah melebihi 400 pengusaha. Kebanyakan
daripada mereka mengeluarkan ikan hiasan atau ikan akuarium hidup jenis
ikan guppy dan beberapa jenis lagi (Lihat foto sebelah).
Pengeluaran ikan akuarium adalah spesifik mengikut lokasi, kepakaran
dan keperluan pasaran. Syarikat Xian Leng di Batu Pahat merupakan
syarikat yang menghasilkan ikan Arowana terbesar di Malaysia dengan
kualiti ikan diekspot keseluruh dunia. Syarikat ini merupakan syarikat
disenaraikan di BSKL dengan setiap ikan dimasukkan microchip sebagai
tanda kelahiran dan rekod. Pengusaha ikan akuarium di Pulau Pinang
terlibat dengan pengeluaran spesis ikan Discus Symhosodon
Discus. Pengusaha di kawasan Perak pula lebih tertumpu kepada sepsis
ikan emas (goldfish) dan Ikan Koi Jepun (Japanese Koi Carps). Kemajuan
program biakbaka (Breeding program) ikan hiasan di Malaysia belum begitu
maju seperti di Jepun dan Taiwan kecuali untuk ikan arowana. Pembiakan
perlu digiatkan lagi dengan penglibatan oleh sector kerajaan dan swasta
bagi menghasilkan lebih banyak pilihan terhadap banyak sepsis ikan
hiasan tempatan yang boleh dikomersilkan.
Saya
pernah melawat beberapa pengusaha tumbuhan akuatik untuk akuarium di
Kota Tinggi Johor yang Berjaya. Antaranya adalah satu syarikat yang
beroperasi di Lembah Bio Sungai Lebak yang mengusahakan beberapa
tumbuhan akuatik untuk di ekspot ke Singapura. Syarikat ini telah
berjaya menanam, membiak, menjual dan measarkan sebanyak 5 jenis
tumbuhan akuatik seperti Anubias spp., Microsporium spp dan Echinodorus spp dengan
teknologi yang didapati dari Negara jiran. Paling penting dalam
industri tumbuhan akuatik adalah kaedah pembiakan serta kualiti air yang
tidak tercemar. Sumber air didapati daripada sungai yang dating
daripada hutan simpan bersebelahan dan sangat bersih.
Industri
ikan hiasan di Malaysia mempunyai potensi cerah dimasa akan dating
dengan banyak penyelidikan dan pengembangan teknologi ini kepada lebih
ramai pengusaha. Masalah halangan sistem untuk mengekspot perlu
dikemaskan pada masa akan dating bagi memudahkan dan mempercepatkan
jangkamasa yang diambil kerana ikan hiasan adalah hidupan yang perlu
dijaga dengan teliti. Gas oksijan yang dimasukkan dalam bungkusan ikan
hiasan bertahan untuk jangkawaktu yang singkat dan perlu sampai
kedestinasi sebelum habis. DOF dan Kastam Malaysia perlu memudahkan
proses pengekspotan ini untuk meningkatkan potensi ekspot ke luar
Negara. Beberapa insentif kepada pengusaha ikan akuarium dan pengusaha
makan ikan akuarium serta pengusaha tumbuhan akuatik akuarium perlu
difikirkan kaedahnya. Penyelidikan, Pengembangan Teknologi, Latihan dan
Sistem Kuarantin juga perlu di perbaiki bagi industri ini berkembang
pada masa akan dating.
IKAN AKUARIUM…SANGAT BERPOTENSI…
NEGERI JOHOR…PENGUSAHA BERPAKSI…
TIDAK RAMAI TERLIBAT…TAKUT RUGI….
YANG DAH BERJAYA…DIAM-DIAM BERISI…
No comments:
Post a Comment