Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu
(7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang
mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu
dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di
negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai
aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk
sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau
dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan
ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang
dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang
daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi
tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran
susu.
TUJUAN PEMELIHARAAN
Pemeliharaan
kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu.
Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila
susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang
keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran
daging.
BAKA-BAKA KAMBING
Baka-baka
kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai
badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu.
Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti
baka-baka kambing susu.Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih
baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan
protin dan lemaknya.
Kambing Kacang (Katjang)
Kambing
kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan
untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan
pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya
tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada
betina.
Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus. Leher adalah
pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata
ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu
yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat
tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah
satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit;
tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg
dalam masa 4 - 6 bulan.
Jamnapari/Ettawah
Kambing
jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia
dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki
populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran
daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka
yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan
melampai ke bawah.Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing
kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak
kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan
Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
Anglo NubianBaka Anglo
Nubian
mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka
Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan
mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka
ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis
ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke
bawah.
Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai
kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m.
Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi
mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan
tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap
atau kombinasi warna-warna tersebut.
Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
Kambing Kacukan
Kambing
kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar
negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan
baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan
British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di kampung-kampung
adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah
kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua
induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan
ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25 kg dalam lingkungan
umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang
lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah
lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
Kambing Saanen
Kambing
ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna
putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar
susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan
tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.Tanduk didapati
pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.
Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh
250 hari, (purata 800 kg).
Industri ternakan kambing di Malaysia
bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang
dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri
seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk
disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak
kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan
susu
No comments:
Post a Comment