:: PEMILIHAN TAPAK::
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity)
kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air
menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan
ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan
buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian
semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah
kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air
dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan
tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan
parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan
tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
i. Suhu air - 20-350C ( Optimum 28-320C )
ii. pH air - 6-8
iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai
untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara
permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi
mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang
terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam
terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen
culture).
Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan
pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku
kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan
(stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan
tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada
makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.
:: REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR::
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’.
Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang
dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE
(High density polyethlene ).
Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang
maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter.
Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18
meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos
:: PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH::
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos
pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan.
Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah
ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah
yang perlu diberi perhatian iaitu
pengasuhan anak ikan, pelepasan
stok dan
pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.
:: PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH::
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam
sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan
yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta
memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan
tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar
menggunakan ’haba’.
:: KADAR PELEPASAN BENIH::
Kadar pelepasan benih
(stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan
mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal,
anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerja-
kerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan
anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor
sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah
350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor),
anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500
ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x
6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .
:: KADAR PEMBERIAN M AKANAN IKAN::
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira
anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan
menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan
purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan
setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap
sangkar.
:: PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA::
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran,
keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk
ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai
untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7-
10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata
600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak
650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar.
Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan
terkejut(stress).
:: PEMASARAN IKAN TILAPIA::
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan ini hanya tertumpu untuk
kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua
kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup
mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah
antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00-RM6.00 sekilogram
No comments:
Post a Comment