Tuesday, 25 December 2012

PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Petikan: Tidak pasti (dari Internet)


PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM


PENGENALAN

Nama Tempatan :
Tilapia Hitam / Tilapia Merah
Nama Inggeris :
Black Tilapia/ Nile Bream
Nama Saintifik :
Oreochromis niloticus
Kadar tumbesaran:
Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga pasaran :
450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg
Benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor












Gambar 1: Tilapia albino
Gambar 2: Tilapia hitam

MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR

i. Mempunyai pasaran
ii. Tumbesaran yang cepat
iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
iv. Tulang yang sedikit
v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
vi. Tahan kepada perubahan persekitaran
vii. Tempoh ternakan yang singkat
viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM

1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
5. Senang untuk memasarkan ikan.

PEMBINAAN KOLAM

1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
2. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
4. Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
5. Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :
a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

Gambar 3 : Parit untuk saluran sumber air masuk
Gambar 4 : Saluran air keluar melalui ‘monk’

B
Air masuk
Parit untuk saluran air keluar
Parit untuk saluran air masuk
A
Air masuk
Parit untuk saluran air masuk
Parit untuk saluran air keluar

Satu rangkai kolam selari
Rajah Dua rangkai kolam selari
Gambarajah 1 : - Beberapa Jenis Susunan Kolam-Kolam Ikan



Tambak/ Batas/ Ban
Saluran Air Masuk
Dasar kolam
3 kaki
5 kaki
Saluran air keluar
Monk
Saluran Air Keluar
Saluran air masuk
Keceruanan tebing = 45o












Gambarajah 2 : Contoh Keratan lintang sebuah kolam ternakan ikan


PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
2. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolam
c. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :
pH
Bawah 4
4 – 4.5
4.5 – 4.0
5.0 – 5.5
5.5 – 6
6 – 6.5
Kg/ha
Kapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)
3805
3044
2283
1902
1012
888
Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)
2917
2283
1776
1395
761
634
Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)
1903
1522
1142
1015
507
507

Gambar 5 : Kolam yang telah ditabur kapur
Gambar 6 : Aktiviti pengapuran sedang dijalankan

f. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
Gambar 7: Kolam yang telah dikapur dan dibiarkan kering sehingga dasar merekah/pecah

g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :
Jenis Baja
Kadar yang disyorkan
Baja Fosfat

i. Double Superfosfat (DSP)
400 kg/ ha/ setahun
ii. Triple Super Fosfat (TSP)”
340 kg/ ha/ setahun
Baja Nitrogen

i. Amonium Sulfat
80 kg/ ha/ setahun
ii. Amonium Nitrat
1,350 kg/ ha/ setahun
iii. Amonium liquar
550 kg/ ha/ setahun
iv. Urea
67 kg/ ha/ setahun


h. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.

Gambar 8: Kolam yang baru siap dibina (sebelum air dimasukan)
Gambar 9: Kolam yang sama iaitu setelah air dimasukkan


Gambar10 : Beberapa buah kolam penternak untuk ternakan ikan tilapia


i. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :

Parameter
Nilai Yang Sesuai
i. Oksigen Terlarut (D.O)
Lebih dari 2.5 ppm
ii. Karbon dioksida
Kurang dari 25 ppm
iii. pH
6 – 8
iv. Suhu air
20 – 35oC (optimum 28 – 32oC)
v. Ammonia
Kurang dari 1.0 ppm


PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA

1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.







PEMAKANAN

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :
Saiz Ikan
% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan
Anak ikan kurang dari 2 inci
6 – 10%
Anak ikan antara 2 – 6 inci
3 – 6%
Ikan lebih dari 6 inci
2%

Gambar11 : Makanan ikan iaitu pellet (kiri) dan tumbuhan (kanan)
Gambar 12 : Aktiviti menabur makanan.
Gambar 13: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama DINDING
Gambar 14: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama CARGILL






AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.
2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.

Gambar 15: Ikan yang dituai dikumpul dalam kolam simen sebelum dipasarkan.
Gambar 16: Penternak baru sahaja menuai ikan tilapianya menggunakan pukat

Gambar 17: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat
Gambar 18: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat




PENGANGKUTAN IKAN UNTUK PEMASARAN

Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :
i. Bekas-Bekas / Tangki - berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.
ii. Membungkus – sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.

Gambar 19: Peti plastik yang diguna untuk menyimpan ikan untuk dipasarkan
Gambar 20: Tangki PVC yang diisi air dan dibekalkan pengudaraan digunakan semasa memasarkan ikan.

Gambar 21: Bekalan oksigen dimasukkan ke dalam beg plastik yang mengandungi ikan dalam jumlah yang sedikit.
Gambar 22: Ikan dalam tangki yang diangkut menggunakan lori untuk dipasarkan.

1 comment:

  1. benih ikan yang dilepakan ke dlm kolam berukuran berapa cm?

    ReplyDelete