Sunday, 23 December 2012

Ubat untuk Ikan Tilapia

Salam untuk semua penternak ikan

Kali ini saya nk memperkenalkan penawar bagi penyakit Ikan Tilapia. Ubat ini boleh didapati daripada semua kedai2 menjual ikan/akuarium. Namun harganya agak berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain. Ubat ini khas utk merawat ikan yang terkena white spot dan badan yang kekuning-kuningan.Contoh ikan terkena parasit yang jelas adalah ikan akan berenang-renang dalam keadaan tak tentu arah di sekeliling kolam.Seolah -olah cuba menjauhi sesuatu. dan contoh yang kedua pula ikan akan mula hilang selera makan dan badannya amat lemah sekali.


Harga : rm130.00


Untuk kolam tangki fiber sebesar 8 x 4, sukatannya adalah 50ml. Ianya hendaklah digunakan selama tiga hari berturut-turut. Satu lagi ubat dari keluaran yang sama adaah anti bakteria. Ianya berfungsi untuk membunuh bakteria yang terdapat didalam air. Bekteria wujud sekiranya air terlalu kotor dan berbau. Contoh penyakit apabila ikan terkena bakteria adalah bidai dan sirip ikan terdapat kesan luka dan terputus.( koyak). Untuk tangki fiber sebesar 8x4 sukatannya adalah 50ml.Gunakan ianya selama tiga hari berturut-turut dan anda akan melihat perubahan yang ketara sekali.




Harga: rm50.00

Kedua-dua ubat anti parasit ini boleh digunakan. Terpulang kepada anda nk guna mana satu. Tapi kedua-duanya mempunya kesan yang sama, iaitu membunuh parasit yang ada di dalam badan ikan tilapia. gunakan sebotol ubat ini untuk kolam sebesar 8x4. gunakannya sebanyak tiga hari berturut-turut dan anda akan lihat perubahan yang begitu ketara sekali.Selamat mencuba dan salam maju jaya untuk semua perternak.

No comments:

Post a Comment