TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
Udang Harimau Penaeus Monodon
PENGENALAN
Udang
Harimau (Penaeus Monodon) adalah salah satu jenis udang air payau /
laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan
yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.
Di Malaysia akhir-akhir
ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan
semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan
juga orang perseorangan.
Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-
a. Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.
b. Permintaan yang tinggi
c. Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh:
Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah di antara RM 20 –RM 30/kg.
d. Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM
e. Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK
Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-
a.
Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan
15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan
buangan industri dan pertanian).
b. Mempunyai kemudahan infrastruktur
seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya. c.
Berhampiran dengan pusat penetasan.
d. Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)
e. Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.
f. Mempunyai strategi pemasaran yang baik.
PEMBINAAN KOLAM
1.
Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan
kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran
dengan punca air.
2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk
kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu
untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk
memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan
kos.
3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan
pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati,
terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan
keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan
berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara
intensif.
4. Sistem air kolam intensif.
a. Punca air
b. Sistem pam
c. Kolam takungan
d. Pintu air masuk/keluar
5. Reka Bentuk Kolam Intensif
a. Kedalaman 1.3m-1.5m
b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
c. Kecerunan dasar 1: 200
d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
e. Pintu air masuk dan keluar.
PENYEDIAAN KOLAM
Sebelum
ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan.
Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan
masalah setempat.
1. Pembuangan Lumpur:
-Lumpur hitam perlu
dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan
dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan
kimia.
- Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air.
- Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
-
Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium
peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.
2. Penjemuran :
Penjemuran
dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung
pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur
hitam.
3. Membaiki Sturuktur Kolam
Pemeriksaan rapi perlu dibuat
agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan
diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.
4. Mengapur
Kapur
adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan
organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada
udang.
5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
Pengeringan sepenuhnya serta
menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi
kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu
digunakan.
6. Pemberian Makanan :
Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.
PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL
1. ‘Automatik Feeder’
–Tidak memerlukan tenaga buruh
-Jimat kos.
- Mengelak pembaziran
- Waktu pemberian makanan lebih tepat.
2. Sludge Pump.
-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.
Kolam HDPE
-Dasar kolam lebih bersih.
-Ruang untuk udang makan lebih luas.
-Mengelak kebocoran kolam.
PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
-Oksigen Terlarut – 5 ppm
-pH – 7.5-8.5
-Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
-Suhu – 27-32◦C
-Karbon
Dioksida - <2>35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang
mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah
dengan cepat.
2. Suhu yang tinggi menyebabkan :
a. Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.
b. Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.
c. Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.
d. Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.
PUNGUTAN HASIL
Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:
i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.
ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.
ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN
-Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
-Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000
Benih 5,400
Makanan 31,500
Letrik 12,000
Buruh 2,000
Pelbagai 2,000
Jumlah = 53900
Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
Penyelenggaraan 2,000
Jumlah 3,500
JUMLAH BESAR 57,400
UNTUNG BERSIH 19,100
NOTA
Saiz kolam – 1 hektar
Kepadatan – 30 ekor/m2
Tempoh Ternakan - 120 hari
Kadar Hidup – 60%
Saiz pasaran – 40 ekor/kg
FCR – 2.0
Tuaian – 4.5 mt
Kaedah
ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan
yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan
dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal
kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah
ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca
dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery
dan sistem kolam pembesaran tersebut.
No comments:
Post a Comment