Sunday, 23 December 2012

Penyakit dan Kaedah Rawatan Keli

Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.
3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki



Berikut merupakan Gejala serangan dan jenis penyakit dan langkah pencegahan:

Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan

Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari

Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctata
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit

Pergerakan ikan sangat lemah dan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.
Ikan keli kelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.

Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit

Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam

Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.

Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.

Terdapat garisan-garisan seperti benang bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air.
Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.
Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air selama 30 minit


Artikel ini disalin daripada beberapa laman blog untuk rujukan pemilik blog dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment