Sunday, 30 December 2012

Sampling Perternakan Udang


Untuk mereka yang tidak pernah membuat sampling atau masih tidak faham tentang sampling, posting ini amat berguna untuk anda. Selepas 2 bulan, bagi mereka yang menggunakan sistem kolam nursery, udang akan diasingkan ke kolam lain yang lebih besar. Pada ketika itu, berat udang dan kuantiti akan diketahui dengan tepat dan selepas itu barulah ia disampling secara mingguan untuk mengetahui penambahan berat dan makanan yang perlu. Bagi mereka yang mempunyai kolam yang terhad, sampling akan menentukan berat udang, berat total, survival dan kadar pemberian makanan yang diperlukan.

Peralatan yang diperlukan untuk sampling ialah jala, baldi untuk menyimpan udang hidup, penimbang dan buku catatan.



Kebiasaannya, 10 tempat akan dijala dan diambil jumlah udang dan disimpan di dalam baldi untuk ditimbang kemudian.

Pastikan jala terbuka luas dan sempurna untuk mendapatkan data yang tepat, jika tidak sempurna dikira batal dan hendaklah dilakukan sekali lagi. Satu bukaan jala dikira sebagai 2 meter persegi.


Bukaan jala yang tidak betul


Bukaan jala yang betul


Hasil jalaan



Udang 2 bulan yang disimpan di dalam baldi/ tong untuk ditimbang

Udang yang ditangkap hendaklah diperiksa kesihatan seperti kaki dan antenna tidak putus, menandakan tidak jangkitan kuman. Warnanya putih dan gill/insangnya bersih dan tidak berlumpur. Kemudian periksa perutnya jika kosong ataupun penuh.




Baiklah, jika kesemua 10 tempat telah dijala dan diambil data, bolehlah kita membuat pengiraan sekarang.




Diharap anda dapat memahami pengiraan di atas serta cara yang betul untuk lakukan sampling. Untuk minggu seterusnya adalah lebih baik jika sampling di waktu yang sama, keadaan yang sama supaya lebih tepat data yang di ambil.

No comments:

Post a Comment